Wednesday, August 18, 2010

abah NORDIN

tanggal 17 ogos 2010 abah (panggilan untuk abah azrey n ayah mentua ecah) dah pergi menghadap Ilahi.. aku macam tak percaya.. betol ke? masa aku dapat sms dari akak mengatakan abah dah meninggal and on da way balik Jerantut, aku semacam pelik sebab abah akak ade kat Johor.. ape pasal plak balik Jerantut? rupa-rupanya abah Nordin...

masa tu aku dalam Reject Shop Alamanda tengah tunggu Kas beli baju preggy dia,. aku di alam fantasi sama ada betul or tak untuk terima hakikat yang abah dah takda.. huh! sungguh haru... abah terkenal dengan sikap tegas dan baik orangnya.. kalau aku jumpe dia semasa hayatnya masih ada, tak ubah macam anak sendiri dia layan ... (saat ni bergenang air mata aku teringat kat arwah) arwah abah cuma mengadu sakit dada... then sempat di bawa ke klinik.. bila turn abah untuk jumpe doktor, tiada pon waris yang dibenarkan untuk menemani abah masuk dalam bilik doktor (dekut ler doktor ni...desas hati aku)

sesudahnya, doktor keluar dan menghulurkan jam tangan serta dompet pada abg ngah (kalau tak silap aku la)... masa tu dapat la tahu yang abah dah tiada... masa aku datang melawat tadi, mama masih lagi bersedih dengan kehilangan abah.. anak-anak abah pon masih kuat harungi dugaan ni.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semasa pengebumian arwah abah... orang baik-baik selalu dapat dipermudahkan segala urusan kan... ape dah jadi dengan mama?

mama..mama...semasa aku sampai dan bersalaman dengan mama, mama cium aku... katenya pasni dah takda la orang yang suka ngusik... owh mama, tersentuh hati aku... mata aku mula berkaca tapi aku kuatkan jugak semangat... memang abah suka ngusik aku... aku pon ape kurangnya..hehehehe.. abah, tak dapat nak jadi menantu abah..hahahaha.... tu la gurauan yang selalu berlaku antara aku ngan abah.. tak abes-abes kisah mentua vs menantu... abah tetap dalam ingatan.. tak sempat abah nak gi haji dan tengok wedding aku (wedding?? hehehe... aku pon tak taw bila wedding aku)

segala persiapan abah untuk pergi mengerjakan haji ngan mama pas raya ni dah lengkap disediakan.. cuma tinggal tunggu masa untuk pergi je... tadi aku sayu tengok beg haji abah.. huhu.. sentap beb! semoga roh abah sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah buat arwah abah dan tak lupa juga untuk arwah toki dan pakcik jana,arwah atok dan sekalian umat Islam yang telah pergi menghadap Ilahi.. buat mama,abg long,abg ngah,abg apis,azrey,sham,padil dan pau...takziah..

pergi by aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

No comments: