Friday, August 20, 2010

belum tentu muktamad?

hohoho.... tersebutlah al kisah...sang Queen Control...

Maksud QC : Queen control atau terlalu mengongkong disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi. (sumber pick from other site)

hohoho... jangan cepat melatah.. perkara ni bukan terjadi pada suami isteri je tapi kepada yang bertunang dan bercinta.. justeru, perkara ni dianggap sudah ketinggalan zaman? jawapannya NO! queen control tak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia. tak dinafikan jugak punca yang dimulakan oleh 2-2 pihak samaada lelaki mahupon perempuan..

ape yang aku nak tekankan bagi pasangan yang masih lagi bertitle cintan cintun ni... alahai goramnye omak ni haaaa... bukan ape nok, belum sah-sah lagi jadi hak kau, kecow macam ko tu artis .. buat statement sane sini.. owh, merata-rata ko menjaja cerita ye..

aku sian nasib si lelaki ni.. telan je le semua pahit maung.. nanti laki tu dah tak tahan ngan perangai kau, baru kau taw.. adakah sikap queen control ni berpunca dari sikap lelaki tu sendiri sampai membuat gurl tu suka mengongkong? bagi aku, jawapannya 50% ya 50% tidak..

reason ya : memang sikap mengalah tu baik.. tapi tak usah ler terlalu kasik muka.. nanti hilang kredibiliti anda sebagai lelaki. kekadang anda juga perlu bersikap tegas supaya perempuan tidak 'terbabas' dengan sikap queen control tersebut. nak control tu boleh tapi sikit2 sudah ler...

reason tidak : sememangnya perempuan terkenal dengan sikap cemburu.. hahaha..nape aku cakap camtu? sebab aku pon pempuan jugak.. aku taw ler.. ade jenis pempuan yang sememangnya kuat cemburu..kalau tak, takde la kat dada akhbar tu isteri bomohkan suami, tundukkan suami la, isu nasi kangkang la.. aku pon tak tahu ler nape boleh sampai jadi perkara bomohkan suami .. eh, tetiba masuk part suami isteri plak.. hehe..sowi! tapi ingat ye wahai kaum hawa, lelaki juga akan cepat bosan kalau berterusan dengan sikap camtu.. jangan la sampai suatu masa nanti salahkan orang lain kalau pasangan wat hal and tak mahu dah dengan kamu.. xoxoxo.. peringatan untuk aku jugak..hehehe..

kesimpulannya, kawal diri masing2 jangan sampai terjerat dengan sikap cemburu anda.. hahaha, macam pandai je aku cakap..ade pengalaman ker? ade la sikit2.. pengalaman tu la wat bekalan aku..

TOLERANSI DAN SALING PERCAYA ADALAH RESEPI TERBAIK PERCINTAAN!

No comments: