Monday, March 28, 2011

Cinta dan anugerah

Wah,tajuk bikin gempak je.
Padahal tengah layan cinta dan anugerah kat tv9.
Aku tertarik dgn lagu ni..
Antara bait-bait liriknya
"Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku..Aku..disini dengan sejuta cintamu....." 
Pehhh...boleh dikatakan selalu aku berzikir lagu ni.
Ececehhhh.

Actually topik yang aku nak perkatakan ialah :

BOLEHKAH LELAKI MEMAHAMI WANITA?


semua perempuan perlukan perhatian setiap masa ke..?
sms lambat balas..call kejap2 je..boleh menyebabkan pergaduhan..entah la macam mana lagi nak terang kehidupan kita bagi orang paham..


Ni plak kengkawan beliau yg mereply..

Okeh, berbalik kepada topik sedemikian, wajarkah seorang perempuan merajuk? WAJAR okeh tapi berpada-pada la ye. Sebab tak semua lelaki mahu beri komimen setiap masa. Mereka juga mahu life mereka sendiri sama ada dengan kawan-kawan, family or diri sendiri.

Seperti topik yang pernah aku kupaskan sebelum ni, berikan sedikit kepercayaan terhadap pasangan kita. Ya, kita boleh cemburu tapi biarlah kita cemburu dengan kejayaan hasil usaha dia.
Katakanlah dia sibuk dengan persiapan projek yang menelan belanja berjuta-juta, takkan setiap masa kita nak berkepit je dengan dia. Tak ke berbulu je bos or staf-staf dia nanti?
"Eh dia u, kemaruk sangat bercinta asyik bergayut/berkepit je.Orang lain pon ada pakwe/makwe jugak"
Mau orang cakap pasangan kita tu macam tu?
Tapi kita kena fikir jugak siapa yang menyebabkan dia jadi macam tu kalau bukan kita sendiri yang bikin haru. Dari situ wajarlah ade give and take.
Kan sweet kalau dapat tinggalkan sedikit pesanan ringkas macam "i miss u syg. after kje i dah abes, i call u ye"..."manja, i kena pergi meeting. wait 4 me ya." dan sebagainya.
At least kita sanggup menunggu untuk dengar suara dia or berjumpa face to face.
Walaupon seringkali orang cakap penantian tu satu penyiksaan, tapi sweet sangat kalau penyiksaan tu berbayar dengan kemanisan,kebahagiaan.
Hargailah bahagia anda walau sesaat.

Okeh, dah jauh menyimpang plak. Al-maklum ler takda trafic light merah.

Okeh, bagi kaum adam pula janganlah pulak terlalu fikir mudah.
Kan kita semua sedia maklum bahawa setiap wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki.

BETULKAH WANITA DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK LELAKI??

Wanita itu insan yang sama seperti lelaki. Dan insan itu baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama.
Perempuan itu zauj, iaitu pasangan buat lelaki dan lelaki juga zauj bagi perempuan.
Sama dan sedarjat walaupon berbeza tugas dan bentuk tubuh badan tapi fungsinya sama untuk menjalankan tugas masing-masing.

"Allah telah menciptakan kami sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya" (Surah az-zumar:6)

 Kepada kaum adam, sesungguhnya kami kaum wanita amat memerlukan kamu. 


Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan sifat seperti tulang rusuk yang bengkok dari antara satu tulang rusuk yang bengkok iaitu tulang yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik

No comments: