Thursday, March 24, 2011

Laluan Terus

Tahukah kalian bahawa di Putrajaya ni berlaku kesesakan lalu lintas setiap pagi dan selepas habis waktu bekerja.
Oleh sebab itu, pihak Perbadanan Putrajaya (PJH) mengambil langkah meletakkan kon di setiap kiri dan kanan jalan di bulatan besar Presint 1 untuk memberi kemudahan kepada teksi dan bas serta pekerja yang bekerja di kompleks A,B dan C.

Hokeh, skema tak ayat haku tu.
Hangin betul aku pagi tadi.
Masa tu trafik light merah.
TAPI..
untuk sesiapa yang berada di lane kanan, SILA TERUSKAN PERJALANAN ANDA tanpa berhenti.
Untuk kemudahan pekerja yang bekerja di Parcel A, B dan C.
Eh, ade aku heran ke ko pakai Fortune 2.4 sekalipon.
Kenderaan jabatan sekalipon.
Pangkat ko besar sekalipon.
Undang-undang jalan raya tak mengenal semua tu hokeh.
Walaupon tadi aku bawak kancil 660, jangan perlekehkan kete kecik tu taw.
Dah banyak kali aku hon and kasi lampu tinggi, tapi ko wat dono jek.
Kalau lah aku ni jengkaut, aku dah kaut ko letak kat tepi jalan tu.
Nyusahkan orang je.
Dah ler kereta belakang aku berduyun tiba.
Nanti orang ingat ko ni memalukan orang putrajaya je.

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik sekalian..
Waktu 7.00 hingga 8.45 pagi, akan ada kon di setiap jalan di bulatan tersebut.
So anda tidak perlu la ikut peraturan supaya berhenti jugak kalau lampu merah.
Lainlah kalau opes kat Parcel D dan E. Sila la ikut peraturan.
Adoi, polis trafik dah senang rilex2 tak payah nak jaga jalan.
Tapi yang tak faham tu, bikin HARUUUUU je.

Cadangan :
-Pihak PJH kena buat signboard

7.00 - 8.45 pagi.
ISNIN hingga JUMAAT.
LALUAN TERUS KE PARCEL A,B,C.
TIDAK PERLU BERHENTI

Emosi dah stabil :
Aku beranggapan jela yang owner kereta tu orang luar sebab aku tgk no plat die bermula dengan R.
Orang perlis kot.
Dan mungkin kereta jabatan negeri Perlis.
So, memerlukan kesabaran yang tinggi di sini.
Sekian, aku dah terlambat untuk punch card. Tetttttttt!!!!
Dats why aku naik hantu pagi ni.
Wakaka.. *Padan muke untuk diri sendiri*

No comments: