Thursday, March 17, 2011

Tahniah untuk ZAI & DANNY

Actually my sweet fwen Zai akan bertunang dengan Danny pada hari Ahad ni di Kampar.
Tapi sowi my dear, eden tak boleh nak pegi..
Ruhil, Farah, Talib n Aman tak tahu la dapat pegi or cannot.
Hopefully semoga ko selamat menempuhi alam pertunangan dengan baik.
Nanti ko akan jadi sebahagian public figure.
And tak lupa jugak dah join kelab aku and farah.
Ruhil?tak tahu lagi bila.

Masa birthday party Zai
From left : Ruhil * Farah * Aku * Zai
Kami bersahabat dari sekolah rendah.


Credit to Utusan Malaysia.

Leen pelengkap hidup Danny XFactor

Oleh HASNURUL MOHAMED
gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


DANNY dan Zaidatul Norfazleen Zakaria akan bertunang bulan Mac ini.
--------------------------------------------------------------------------------
MELEPASI usia 30 tahun, Danny XFactor merasakan sudah tiba masanya beliau mengakhiri zaman bujang dan hidup berkeluarga.Danny atau nama sebenarnya, Mohd. Khardanie Anwa, memberitahu, pintu hatinya juga telah terbuka untuk memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Justeru, perkenalan singkat selama tujuh bulan dengan pramugari syarikat penerbangan tambang murah AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) menggamit hos rancangan masakan Kuali O Kuali ini untuk menghantar rombongan peminangan.

"Rasanya saya sudah bersedia untuk berkahwin. Kita buat mengikut adat. Jadi, 20 Mac ini, majlis pertunangan di antara saya dengan Leen akan diadakan di Kampar, Perak," katanya.

Danny berkata demikian kepada Hits ketika bertemu dengannya pada majlis pelancaran program berbentuk dokumentari, Agro-Xplorasi di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Danny sebagai pengacara bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz).

Agro-Xplorasi diterbitkan oleh Media Prima sebanyak 10 episod, mula disiarkan pada 26 Februari ini pada setiap Sabtu, 7.30 malam.

Menurut Danny, apabila berkenalan dengan Leen, beliau dapat merasakan keserasian di antara mereka.

Oleh itu, Danny menjelaskan, beliau tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mengutarakan kepada keluarga, hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.

"Leen sesuai untuk diri saya kerana sikapnya yang mudah didekati dan sangat memahami karier saya.

"Dia seorang yang easy going. Jadi, apa yang saya pinta semua doakan agar segala-galanya berjalan lancar supaya niat saya untuk bertunang dan berkahwin akan dimakbulkan Tuhan," katanya sambil menyentuh lutut Leen yang menemaninya ke majlis pelancaran Agro-Xplorasi.

Danny berkata, beliau berharap dirinya dapat disatukan dengan Leen menjelang akhir tahun ini. "Apabila sudah bertunang nanti, saya berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun.
"Cuma tarikh pernikahan itu nanti, biarlah keluarga daripada kedua-dua belah pihak yang tetapkan.
"Setakat ini, saya sendiri tidak boleh nak kata apa tentang butiran lanjut mengenai majlis pertunangan kerana semuanya saya serahkan kepada keluarga," ujarnya. Sementara itu, Danny memberi kebenaran kepada Hits untuk menemubual kekasihnya.

Kata Leen, Danny mempunyai sikap yang amat menyenangkan hatinya dan sikap itu bukan dikaburi oleh rasa cinta. "Sebenarnya, saya tidak mengenali Danny sebagai seorang artis atau pun sebagai selebriti. Perkenalan saya dengannya terjalin menerusi seorang kawan. "Selama ini, saya tidak pernah membaca perkembangan dia kerana saya sibuk dengan tugas sebagai pramugari. "Cuma selepas itu barulah saya ikuti sedikit perkembangannya agar saya lebih memahami kariernya," kata Leen sambil menjeling ke arah Danny.

Leen memberitahu, karakter Danny sebagai seorang lelaki budiman membuat hatinya terpikat dan bersetuju apabila Danny berhasrat untuk menyuntingnya sebagai suri dalam hidup Danny.

No comments: