Friday, April 15, 2011

2 alam

Pernah tak tonton filem 2 alam? Aku?.........
Tak pernah pi wayang untuk tonton filem ni tapi.......
Semalam aku dah tengok guna DVD.
Sebenarnya cerita ni tak lah gah sangat macam yang digembar gemburkan oleh pengasas Dr. Rozmey tu.
TAPI
Moral of the story tu memang banyak pengajaran yang boleh diperolehi.
BETOLLLL...
Cerita tu mengisahkan seorang anak melayu bernama Adam yang merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang antara 2 orang lagi kawan-kawan beliau.
Adam boleh menghafal dan membaca al-quran dengan baik.
Oleh sebab Adam sangat cemerlang, beliau diterima belajar di sebuah pusat pengajian di London.
Semasa di London, maka bermulalah kisah durjana Adam.

# tinggalkan solat
# menukar jantina
# menukar nama kepada Amy
# berkahwin dengan mat saleh, dikahwinkan oleh paderi
# hidup sosial
# arak jadi minuman
# balik Malaysia, jadi artis terkenal
# kelab hiburan & lelaki dah jadi mainan hidup

Oleh, tu serba sedikit tentang filem tu.
Seterusnya pada 1 hari (malam), bf si Amy ni nak wat projek dalam kereta di sebuah taman
Baru nak ringan-ringan, ada 3 orang mamat ala-ala gangster belasah bf si Amy ni nak culik Amy.
Amy dilarikan ke sebuah hutan (tak berapa nak belukar sangat la) dan dirogol serta diliwat.
Dalam keadaan tak bermaya, Amy pulang ke rumah.
So keesokan harinya bf Amy datang rumah dan bagitaw yang dia dah buat laporan polis.
Amy marah sebab wartawan 1 malaysia akan tahu kisah dia.
Apa yang dinyatakan jadi kenyataan.
Kisah Amy terpapar di dada-dada akhbar dan umum mengetahui yang dia tukar jantina.
Bermula dari situ Amy mengalami tekanan hidup sehingga dia gantung diri.

Selebihnya, dipaparkan kisah-kisah sepanjang perjalanan untuk pengebumian Amy.

# penggali kubur menemui ular dalam kubur
# mayat Amy terlalu berat hingga tayar van pecah
# perjalanan ke kubur mengambil masa yang lama sampai malam hari sebab berat nak bawa jenazah Amy.
# kubur jadi sempit

End of the story, jenazah Amy dikebumikan luar dari kawasan kubur sebab BUMI TAK NAK TERIMA  atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
Okeh, baca tak Kosmo hari rabu 13.04.2011.
Mengisahkan pondan yang dah berpisah dengan laki mat saleh..
Memang aku terbayangkan kisah 2 Alam ni.
Sebijik lak tu tapi dalam movie ni, Adam@Amy tu mati gantung diri sampai mati.
Yang si Fatine tu tak mati lagi.
Aku harap si Fatine tu taubat nasuha sementara masih bernyawa.
Filem ni tak sesuai ditonton untuk yang bawah umur sebab banyak sangat unsur sex.
Tak sesuai nokkkk..

Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih

LONDON – Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.


Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

“Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia,” kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby. “Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun,” kata Fatine. Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka. Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.

Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah. Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.

Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009. Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain. Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.

Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.

“Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan,” kata Young sebelum ini.

Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.“Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya,” kata Fatine.Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.

Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.“Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya,” ujar Young.

“Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula,” tambahnya. – Agensi
 
*SUMBER : kosmo*

No comments: