Friday, April 8, 2011

Bersamamu

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Salam sore..

Lama aku tak update blog ni.
Bukan aje blog, facebook pon.
Semalam kawan aku tegur awat hang dah lama takde gambar2 baru kat facebook tu?

Bukan gambar, status pon aku tak update..
Last aku update "HATI MENANGIS SIAPA TAHU"

Memang, hati aku tengah TEBAKOOOO...
Ahh, lupakan tentang tu.
Memang boleh bunuh diri kalau tak waras..tapi aku takde pon feeling2 tahap giler camtu.
Giler ke ape nak bunuh diri, langsung tak masuk syurga taw.

Aku mula fikir balik, camne la kalau orang lain yang melalui pengalaman lebih pahit dari aku.
Setelah aku mula berfikir, aku dapat jawapan.
MAAFKAN..
yeahh, itu lebih baik..

Okeh, abaikan topik tu. BERSAMAMU TV3..
Ada siapa-siapa yang tengok cerita ni?
Kalau nak tahu, aku ni memang jenis liat nak tengok tv.
Sia-sia je ade tv pasang astro.
Tapi masa tu aku dah siap-siap masak sementara nak tunggu en. luvvy.
memang tersentuh ok tengok BERSAMAMU kali ni.
Mengenai penderitaan seorang budak lelaki berumur lingkungan 15tahun yang menderita penyakit kanser saraf..
PUNCA?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dipukul dari belakang oleh kawan sekolah dan terjatuh mengenai bucu.
Akibatnya, 3 bulan pertama ada kesan lebam di rusuk kanan badan.
Semakin lama semakin membesar sampai kurus kering dan sampai satu tahap terpaksa duduk di atas wilcar.
Hari terakhir rakaman, arwah dah 3 hari berada dalam keadaan nazak.
Dan pada hari Jumaat 25 Mac beliau pergi menghadap Ilahi (semoga rohnya dicucuri rahmat..alfatihah)
Masa tu wartawan tu dapat tengok secara live keadaan arwah nazak sampai menghembuskan nafas terakhir.
Okeh, aku touching. Menangis jap aku.
Masa tu aku sempat cakap kat adik aku, "ni mesti dah tak lama dah ni"
Aku tak sangka masin plak mulut aku.
Sebab berdasarkan pengalaman aku semasa pemergian arwah toki, camtu lah keadaannya bagi orang yang berpenyakit.
Arwah toki aku dulu ada penyakit leukimia.
Tak sampai 1 bulan dapat kesan, akhirnye kembali kepada penciptanya.
Okeh, kembali ke tajuk.

Apa yang aku dapat rasakan dari BERSAMAMU kali ni ialah:
1- Perasaan kasih dan sayang seorang ibu terhadap anaknya, berjaga siang malam.
2- Perasaan seorang ibu yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan tapi akhirnya anak yang rajin tu menghabiskan sisa hayat sebelum mereka disebabkan sikap BULI oleh rakan sebaya.

Apa takda perasaan ke bebudak zaman sekarang ni?
Nak berlagak samseng tapi kalau duit poket tiap2 hari mak bapak yang kasi, jangan nak berangan la belagak diri tu samseng terunggul. Lainlah kalau ko tu dari kecik dah pandai cari duit halal sendiri.  Kalau setakat duit haram tu, memang nerakalah jawabnya. Nanti jadi darah daging dik non oiiiii...Aku agak emosi disini tapi masih mampu bertahan lagi. Memang terasa lagi 'pemergian ' budak tu.

Nanti kalau ada rakaman tu kat youtube, tengoklah walaupon sekejap.
Takpon pegi tengok kat laman web tv3 TONTON.

Dalam metro hari ni ada sal pengacara Irin Putri Azmi mengenai BERSAMAMU TV3.

*tq to metro*
Jiwa Irin tersentuh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


NAMA Irin Putri Azmi makin terserlah dalam mengendalikan program berbentuk majalah di TV3. Irin yang berasal dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dilahirkan tanggal 28 September 1982, memulakan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran dalam program Medik TV, diikuti Majalah 3 serta program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) dengan rakan setugasnya, Azizah Ariffin, Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan dan Azura Zainal.

Terbaru, Irin melangkah setapak lagi dalam karier pengacaraan apabila diberi kepercayaan mengacarakan program bercorak kemasyarakatan, Bersamamu bermula 6 April lalu. Kali ini, Irin perlu mengupas pelbagai aspek dan perspektif di mana setiap kandungan diambil serius dalam memastikan mesej tersirat dapat difahami penonton dan seterusnya menjadi teladan bersama. Secara peribadi, Irin yang juga pemegang ijazah dalam Pengurusan Teknologi Multimedia, Universiti Multimedia, Cyberjaya ini mengakui ia adalah peluang keemasan untuk pergi lebih jauh dalam dunia penyiaran.


"Berbeza dengan program yang pernah dikendalikan sebelum ini, Bersamamu memberi pengalaman yang cukup mencabar jiwa dan emosi. Apabila bertemu dengan golongan tidak bernasib baik dan menyelami keadaan hidup mereka, secara tidak langsung saya turut merasai keperitan dilalui mereka.

"Pengalaman paling menyedihkan apabila melihat ibu kehilangan anak yang sangat disayanginya. Sebagai wanita yang sudah bergelar ibu, sukar saya gambarkan keadaan dan reaksi saya kalau terpaksa melalui situasi yang sama. Apatah lagi, itulah kali pertama kali saya melihat orang meninggal dunia depan mata saya," katanya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki, Raees Aryan Ezmir, setahun tujuh bulan.


Anak bongsu tiga beradik ini akui masih banyak ilmu yang perlu dipelajarinya untuk memantapkan lagi program berkenaan.


"Saya baru selesai menyiapkan beberapa episod, setakat ini. Apa yang pasti, saya akan berdepan banyak cabaran setiap hari dan aspek yang perlu diterokai bagi memastikan tanggungjawab sebagai hos Bersamamu bukan saja dapat menambat hati penonton, tetapi berjaya mengetengahkan isu dan konflik dipaparkan," katanya.


Sementara itu, Penerbit Eksekutif Bersamamu, Abdul Hisham Abdullah, berkata, selain pengacara baru, program Bersamamu kali ini tampil lebih segar dengan garapan pengisian mengikut cita rasa dan objektif utamanya menyampaikan warkah dan teladan untuk sama-sama kita hayati dan saling membantu.


"Setakat ini, Bersamamu sudah membantu hampir 250 keluarga yang memerlukan menerusi derma dan sumbangan orang ramai yang prihatin di mana sebahagian besar daripadanya sudah diagihkan kepada keluarga Bersamamu pada musim lalu. "Sejak diterbitkan, Bersamamu melalui beberapa perubahan waktu siaran dan pengacara namun begitu masih kekal dengan objektif program iaitu prihatin pada masalah masyarakat dengan membangkitkan rasa simpati, prihatin kepada belenggu rakyat yang diserlahkan menerusi konsep keterbukaan dan penghayatan," katanya. Jangan ketinggalan mengikuti pengalaman Irin Putri Azmi mendekati golongan memerlukan perhatian kita menerusi Bersamamu, setiap Rabu jam 9.30 malam, di TV3.
 
Okeh, perasan tak yang aku boldkan tu. Tu la sebenarnya kisah mengenai penderitaan yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.
Selebihnya tontonlah sendiri.
Wassalam..
 
Bacaan talkin
 
Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.



Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum dikolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walham dulillahi rabbil alamin.


Al-Fatihah


Setiap yang bernafas pasti akan Mati…


“Kullu nafsin za iqatul maut”


Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-Ashr.


Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:


” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” 

2 comments:

Unknown said...

tu dah kira membunuh (membunuh tanpa niat)

BeLLe said...

yes.kalau tengok kisah arwah tu, kompom la tersentuh. bayangkan kalau kte sendiri yang berada kat tempat arwah. wallahualam