Al-dhurar yuzal bermaksud bahawa sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya, risiko atau menjadi sia-sia hendaklah dijauhi atau di atasi secara bersungguh-sungguh. Tidak ada dalam syariat Islam, peraturan yang kalau dilaksanakan boleh mendatangkan kepayahan kepada mereka. Tidak ada dalam syariat Islam suruhan atau larangan yang boleh memudharatkan mereka.
Dalam konteks pentadbiran, kaedah ini boleh dijadikan panduan dan dilaksanakan dalam sesebuah organisasi.
Antaranya;
i. Pihak pengurusan yang terlibat hendaklah memastikan setiap perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan tidak terlibat dengan unsur-unsur yang boleh mendatangkan kemudharatan baik kepada manusia atau sebagainya dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya perancangan untuk pembinaan kilang/ perindustrian hendaklah memastikan tidak membawa risiko atau merbahaya kepada penduduk setempat. Kilang yang mempunyai risiko yang tinggi hendaklah dibina jauh daripada penempatan manusia.
ii. Pihak pengurusan juga mesti memastikan premis/pejabat berada dalam keadaan selamat. Kelulusan menduduki premis adalah antara contoh yang baik untuk dijadikan panduan. Sesebuah premis mesti diluluskan oleh lapan agensi seperti perparitan, TNB, Majlis Tempatan dll.
iii. Dipejabat misalnya, kebiasaannya disediakan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi dan memadai untuk berdepan dengan situasi yang tidak dijangka. Contohnya pintu kecemasan, kotak ubat, alat pemadam api dan sebagainya.
**sesi pembelajaran CTU 263**
No comments:
Post a Comment