Wednesday, April 20, 2011

Penat

Sepetang yang sejuk...
Buat aku malas nak pegang pen je.
Kesibukan aku nak exam buat aku terbantut nak merelaxkan diri.
Terbaru, aku tengah menyiapkan hampir 700 tempahan coklat.
See, nak buat blog sal coklat pon dah berminggu tertangguh.
Minggu depan ada lagi tempahan untuk hantaran kahwin.
Minggu 1 lagi nak siapkan 1000 tempahan untuk majlis kahwin jugak.
Kalau boleh dibelah badan-badan aku ni, mau je aku bahagia sama rata.
Tapi mujur gak my fiance sudi menolong aku.
Tapi kena layan dia macam anak raja.
Kena buat depan tv, siap makan minum.
Adoi, boleh camtu?
Boleh la, asalkan dia mau tolong aku.
Aku ada jugak request kat dia, pasni kalau order makin banyak aku nak peti baru? kikiki..
Dia pon setuju.. yey!!!!

Okeh, dah lama aku tak story mory panjang lebar.
Kali ni, aku nak cakap pasal kurus dan kawin.
Okeh, masa dalam lif tu Kak Rozi dan kak Sherry cakap aku dah makin kurus.
Tapi, kurus ke? Sama je aku tengok.
Tapi tak dinafikan la berat badan aku menurun bukan sebab diet, sebab aku terlalu sibuk.
Hari minggu aku dah tak bererti lagi.
Dah lama tak layan hindustan tv2 tiap-tiap Sabtu.
Dah lama tak masak tiap-tiap hari minggu.
Mana taknya, hari ahad je aku ada kelas.
Hari sabtu plak untuk aku siapkan apa-apa yang patut.
owh dah ke laut plak.
Okeh, berbalik pada cerita tadi.
En Shafarin pon tanya, "Perlu ke orang nak kawen ni kena kurus?"
Sepantas kilat Kak Sherry jawab "Eh, mesti la. Nak pakai baju pengantin nanti tak muat plak"
Hahahahaha aku? Tegelak dan diam jela.
Alahai bos, dah wife bos tu sememangnya kurus, memang la tak boleh nak cakap apa dah.
So sesi berbahas habis di situ je sebab masing-masing dah sampai ke destinasi masing-masing.

So, the problem is "Perlu ke orang nak kawen ni kena kurus?"

Masak la kalau camni. Aku tak sempat la nak kurus.
Tapi bila aku tanya my B, dia kata tu semua subjektif.
Terpulang pada individu dan pasangan tersebut.
Yang nak hidup bersama, dorang. Bukan orang lain.
So? Camna tu..
Tapi ada betulnya jugak, rezeki masing-masing.
Ada yang suka cantik pada mata, ada yang suka cantik pada hati.
So pokok pangkalnya tanya sama hati.
Okeh, penjelasan yang simple tapi paham-paham sendiri la.

Sebenarnya aku tak kupaskan tentang sesuatu.
Tapi aku tak tahu la wajar or tak.
Aku cuma masih lagi memikirkan apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anda mendapati diri anda selalu diperhatikan dalam diam?
Ala-ala lagu exist gitu Mengintai dari tirai kamar
Takkan aku nak marah-marah, tak jejas periuk nasi aku pon.
Tapi aku meluat la jugak, dah takda kerja lain kaaaaaa?
Sekian, risau takut aku tak dapat control emosi baik aku stop dulu (mood: ku merindu)

No comments: