Isu botol susu bayi yang diharamkan penggunaannya terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak telah disiar di dalam Berita TV3 sebentar tadi. Aku dengan tidak berlengah lagi terus mencari botol susu yang ada di dalam rumahku ini untuk aku pastikan kandungannya. Dan apa yang aku temui adalah botol susu bayi anak buahku yang baru lahir itu mengandungi kriteria botol susu yang diharamkan.
Botol Susu Bayi Polikarbonat tidak selamat untuk digunakan kerana mengandungi Bisphenol A (BPA). Apa itu BPA? Kenapa BPA itu boleh membahayakan bayi? Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu? Apa yang perlu dilakukan pada botol susu bayi yang mengandungi BPA?
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.
Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?
Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberiikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPAyang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.
Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Bagaimana mahu mengecam botol susu polikarbonat itu?
Caranya mudah saja, di bahagian bawah botol susu bayi itu ada tercatat pengkelasan jenis plastik yang digunakan. Kalau ianya ada logo segi tiga dan di dalamnya adalah nombor 7, maknanya plastik botol susu itu menggunakan bahan lain-lain yang umumnya menggunakan formula pembentukan plastik yang mengandungi Polikarbonat.
Kalau botol susu itu ada label BPA FREE, maka ianya selamat dari bahan kimia polikarbonat.
Dalam kes botol susu anak buah aku ini, aku agak keliru sedikit kerana label di belakangnya juga ada simbol gelas dan garfu. Bila tanya uncle google aku, aku temui maksud simbol gelas dan garfu itu ialah food grade. Maksudnya botol susu bayi itu telah dijamin selamat dan disahkan berkualiti.
Aduh apa kes ni? Dah gunakan simbol nombor 7 tapi ada pula selitkan logo gelas dan garpu?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah
* kredit to email*
** Okeh, patut la kak Fisah beria-ria nak beli botol susu utk Eris and Zikri yang mahal.
Aku tak heran la sebab aku belum lagi masuk alam tu tapi terpanggil jugak la sebab aku kan ade jual produk tupperware.
Ade jugak la botol susunya.
So minggu depan baru aku boleh tengok camna rupanya botol susu yang tupperware punye.
Owh, ala....
Aku tak wat lagi list yang orang booking tu..
so sape-sape yang nak tempah barang-barang tupperware tu, boleh la calling-calling aku.
Aku kasik harga baik punya.
Tapi jangan calling aku pi wat panggilan hangit plak.
Kang besepai aku kojekan. kwang kwang kwang acah mak enon
No comments:
Post a Comment