+___________+
Hari ni balik kerja awal skit. Nak ambil mood rehat.
Cehhhh.poyo je macam la kerja ko tu mengalahkan pemburu haiwan.
Actually memang kebelakangan ni jarang sangat nak ada waktu rehat untuk diri sendiri.
Semacam pergi buat padicure+manicure pon terkejar-kejar.Tak best betullah..
Terasa macam tak cukup je 24/7 tu.. Tu pun tak bersyukur lagi ke?
Apa yang ingin dicapai dalam hidup manusia ni sebenarnya memerlukan sebuah pengorbanan yang besar mahupon kecil sebelum impian tu dapat tercapai.
*OMG, kenapa terliur ketam masak lemak ni*
Ok, sambung semula. See, walaupon impian aku nak makan ketam tapi aku perlu berkorban 'kesabaran' aku pada tahap yang maximum sebab aku kan cerewet. Nak makan ketam tapi pemalas nak buang kulit ketam yang keras tu. So kalau nak makan mesti ada partner, baru boleh tolong aku buangkan kulit ketam tu. Lagi satu selalu aku sorang-sorang je kat rumah. Nak makan pun tak selera sangat. Kalau ada teman, laju la jugak nak makan. Jadi untuk tidak menghampakan permintaan aku, aku akan buat request kat mak aku. Ngehngehngeh balik kampung nanti mesti dapat makan. Bijak tak? Bijak anak mak.
Menjelang perkahwinan aku tak lama lagi, banyak persiapan yang belum aku lakukan. Doorgift aku tak siapkan lagi. Mood tak datang lagi ni. Harap-harap sempat siap. Maklumlah, kalau dah namanya buat sendiri semuanya memerlukan kesabaran apabila terpaksa berdepan dengan risiko yang paling bahaya di alam semesta iaitu MALAS. Impian aku teringin nak macam Siti Nurhaliza... Nak macam Prince William dan Kate Middleton.. Huh verangan vetol!
Aku suka tengok gaun kembang colour soft pink ataupon pearl white. Owhhh cantik! So kepada tuan tanah jangan nak verangan berlebih-lebihan sangat la. Awok tu bukan orang fofular nak verangan sana sini. (-.-") So takpa angan-angan kan. Mana la tahu akan jadi kenyataan. (Mimpi yang tak sudah. Cukup-cukup la Ibnor Reza sorang je yang nyanyi lagu tu. Jangan ko nak tambah plak jadi penyanyi takda payment tuan tanah oiiiii) Malu saye ('.')
Minggu depan result exam nak keluar. Berdebar la jugak sebab tahun ni berusaha keras skit. Mana taknya 5 subjek ambil. Mau meraung je rasanya dalam dewan exam tu masa nak jawab. Nak je bagitaw alam semesta ni boleh tak saya nak lulus cemerlang dapat pointer 4.0 tanpa baca buku? Boleh, nanti aku bacakan ko buku lali aku ni ha! Memandai je, kalau otak geliga takpa la jugak. Hahahahah...Usaha tangga kejayaan ok! kadang kala teringin nak jadi student fulltime.
Memang la bila dah kerja ni banyak komitmen diperlukan untuk membahagikan masa antara belajar dan kerja.Menyesal pon ada jugak masa study dulu tak study betul-betul. Kalau tak ada jugak alasan nak kasi tahu kat mak yang aku nak reject tawaran kerja tu. Alasan, pointer aku 4.0 dan tiap-tiap tahun aku dapat anugerah dekan. Nanti sambung belajar kat luar negara dan dapat kerja jadi CEO yang termasyhur di abad ni.. Hah! Verangan lagi. Tapi aku patut bersyukur sekarang sebab kerana aku terima tawaran kerja itu la yang menyebabkan aku dapat menikmati apa yang aku ada sekarang. Syukur alhamdulillah. Syukran jazilan ya Allah.
No comments:
Post a Comment