Wednesday, June 15, 2011

Feeling-feeling

+_______________+

Teheee...entry baru pas kawen.
Hari-hari dok bukak blog tapi tak tahu nak update yang mane satu.
Tengok blog-blog orang, aishhhh asek asek update je.
Bila dah baca blog orang, lupa blog sendiri punya semut pon dah boleh bertelur.. (Aiyaaaa..ade ke patut)

Okeh, cerrr citerrr cerrr citerrr perasaan pas kawen..

Alhamdulillah after selamat diijabkabulkan, aku masih lagi terawang-awang.
Eh, betul ke aku dah kawen ni??
Eh, betul ke aku wat majlis hari ni??
Eh, betul ke kenduri aku ni??

See, macam kaki kat atas kepala kat bawah...

Jawapannya, best gilerrrrrr okeh!

Why? When? Who? What? Where? How? Eh dah macam 5W 1H KIK pulak..

Why?

Hanya orang yang dapat melalui satu detik 'penghijrahan' je yang bisa mengerti.. Betul! kalau aku tanya kawan-kawan aku yang baru kawen, semua akan cakap "Kalau aku tahu, dah lame aku suruh mak aku kawinkan aku".. Haaa, tak caya lagi?

When?

Pada tanggal 3 Jun 2011 jam 10.36pagi aku selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Who?

Dengan suamiku yang tercinta Incit Anuar selamat dinikahkan oleh bapaku sendiri dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM22.50.. Sebelum wedding, hubby selalu tanya macam mane nak sebut RM22.50 tu? Aku cakap nanti sebut dua-puluh-dua-ringgit-setengah, tapi dia cakap nape tak sebut dua-puluh-dua-ringgit-lima-puluh-sen? Hah, ape aku nak jawab? Aku cakap 'entah ler B, syg asik dengar dua-puluh-dua-ringgit-setengah je'...

What?

Apa yep...ermmm, sebelum majlis berlangsung, macam-macam kerisauan melanda.. Dan macam-macam dugaan melanda.. Kalau ikutkan hati, memang agaknya jadi macam katak pisang kne lenyek dengan kuali dodol..haha  (stupid idea) Tapi cekalkan jugak hati. Doa banyak-banyak. Eh, ada kaitan ke cerita ni dengan what?

Where?

Di kediaman rasmi ibu bapaku di Kuantan...

How?

Majlis yang sederhana tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara.. Untuk mengadakan majlis perkahwinan ni, terlebih dahulu aku berbincang dengan hubby supaya tak nak membazir sangat. Tak mahu buat gah sangat sebab nanti yang kopakkan duit, duit kita jugak. Janji makanan sedap. Aik?? Makanan pon penting kaaa?? Iya adik manisssss, makanan pun penting  jugak taw dalam sesebuah majlis. Tahu tak risiko buat kenduri ni kalau makanan tak sedap, nanti orang yang datang sakit perut. Dah ler sakit perut, nanti dok mengata pulak.. So the most important is makanan adalah maruah dalam sesebuah majlis. Pengantin pakai gaun sampai 3km pon orang lain tak heran. Makanan pengantin adalah mengikut selera tekak aku sendiri. Haha, yezzaaaa i order chinese food. Tapi mix jugak la. Ada puding raja, ada mushroom soup, ada fruit dessert, macam-macam lagi la.. Kek pengantin 2 tingkat yang aku tempah kat secret recipe tu pon sedap. Aku sangkakan kalau mahal mesti tak sedap, harapkan mahal je. Tapi sangkaan aku meleset...Sodappppppp hingga menjilat jari..

Okeh, picture-picture masa wedding akan diupload kemudian.

No comments: