+___________+
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA, KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Sukacita dimaklumkan bahawa Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Malaysia sedang mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:
a.Ketua Pegawai Eksekutif;
b.Ketua Pegawai Operasi;
c.Ketua Bahagian Perundangan;
d.Ketua Pegawai Korporat;
e.Pengarah Komunikasi dan Teknologi Maklumat;
f.Pengarah Industri Tenaga Boleh Baharu dan Teknologi;
g.Pengarah Tarif Galakan;
h.Pengarah Kewangan;
i.Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia; dan
j.Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Kompetensi.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui portal Jobs Malaysia di www.jobsmalaysia.gov.my atau mengemukakan resume melalui emel kepada fatimah@kettha.gov.my atau melalui pos selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2011 (Jumaat).
Sekian, dimaklumkan.
No comments:
Post a Comment