Tuesday, August 16, 2011

Jawatan kosong pentadbiran di Uitm

Assalamualaikum...

Iklan Jawatan Kosong Pentadbiran
Friday, 05 August 2011 10:12

Institut Perkembangan Pendidikan (InED) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak (Tabung Amanah InED) di InED, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

* Sila Muat Turun Iklan Perjawatan Pentadbiran InED untuk maklumat lanjut.

* Sila Muat Turun Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA untuk membuat permohonan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a. Hanya permohonan yang ditapis-senarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.
c. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak InED selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 22 Ogos 2011.



Sila kemukakan permohonan kepada :



TIMBALAN PENDAFTAR
PUSAT PENTADBIRAN, PENGAMBILAN PELAJAR & ICT
PEJABAT PENGARAH, DWELLING 3
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE PERSIARAN RAJA MUDA
SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM
SELANGOR.

(U/P: CIK SAEIDAH HJ JANTAN/ PN.ROSLINA YAHIA/PN.NORHANNAH AMIR)
NO.TEL : (03) 55225302/55225237

BIL JAWATAN GRED STATUS

JAWATAN SKIM

PERKHIDMATAN JADUAL GAJI

1. PENOLONG PENDAFTAR N41

Kontrak (Tabung Amanah InED) PEGAWAI TADBIR

P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.73 - P3T27 RM5220.62

1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii)Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T4); dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia, Komunikasi dan Media atau Pemasaran).


2. PEGAWAI EKSEKUTIF N27

Kontrak (Tabung Amanah InED) PENOLONG PEGAWAI TADBIR

P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

(i) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1 RM1204.55]; atau

(ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6 RM1537.30]; dan

(iv) Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. PEREKA B27

Kontrak (Tabung Amanah InED) PEREKA

P1T1 RM1210.60 - P1T26 RM3033.15
P2T1 RM1280.18 - P2T26 RM3219.30
P3T1 RM1352.78 - P3T26 RM3411.31

(a) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan

i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T12 RM1942.65]; dan

ii) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; atau

iii) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang Seni Reka dan/atau Seni Lukis.

[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T12 RM1942.65]; dan

iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang Seni Reka dan/atau Seni Lukis.

[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T12 RM1942.65]; dan

vi) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

vii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Lukisan pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman dalam bidang Seni Reka dan/atau Seni Lukis.

[Gaji permulaan minimum ialah pada Gred B27: P1T12 RM1942.65]; dan

viii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

ix) Calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan


4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Kontrak (Tabung Amanah InED) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

P1T1 RM1544.86 - P1T21 RM3034.66
P2T1 RM1615.95 - P2T21 RM3237.37
P3T1 RM1690.06 - P3T21 RM3415.79

i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T1 RM1544.86]; atau

ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T2 RM1611.41]; dan

iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. PENOLONG AKAUNTAN W27

Kontrak (Tabung Amanah InED) PENOLONG KERJA AKAUN

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

i) Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan dan Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5 RM1475.29]; atau

ii) 'Licentiate of The Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom' dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8 RM1674.94]; dan

iii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

No comments: