Wednesday, August 3, 2011

Oreo Cupcake

+___________+

Bunyinya macam best bangat sih..
Okeh,tuan-tuan & puan-puan sekalian..Menu ni hasil pertama my hubby. Actually sebenarnya dah lama buat tapi baru la ada mood nak upload picture.





Bahan A:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan B:
2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
2 biji telur (any gred but prefer gred A)
1 sudu kecil esen vanila
Chip choclate - sekadar hiasan

Cara-cara
1. Ayak bahan A. Gaul.
2. Masukkan semua bahan B. Buat satu persatu ye. Kacau hingga sebati. Kalau guna mixer pon lagi senang. Bagi yang tiada mixer, anda boleh guna blender. Siap.
3. Masukkan adunan ke dalam cupcakes.  
4. Isikan chip choclate untuk hiasan.


Tips:
Kukus - bagi sesiapa yang mahu kukus keknya, pastikan pengukus telah dipanaskan terlebih dahulu. Jangkamasa lebih kurang 10-15minit apabila air sudah menggelegak. Masukkan cupcake ke dalam pengukus dan kukus sehingga 45minit bagi pengguna multicooker macam saya.  Untuk lebih cun lagi, ambil lidi/pencungkil gigi yang bersih, cucuk kek tersebut. Andai ada sisa kek pada lidi tersebut,maka kek anda belum siap masak lagi. Kalau nak tahu kek dah masak, lidi tersebut akan bersih setelah diangkat.
Oven - bagi sesiapa yang menggunakan oven, panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'c lebih kurang 5-10 minit. Tertakluk pada oven masing. Setelah oven panas,masukkan cupcakes dan masak selama 20 minit. Siap.

Senang kan. Selamat mencuba!



No comments: