Sunday, August 7, 2011

Share : Asal usul hantu

+_____________+

Ni ai tak sure sama ada betul atau tidak. Tapi kalau nak seronok-seronok cubalah baca.

HANTU KUM KUM

Ini khabarnya ceritanya bermula bila seorang ibu mengandung  membunuh diri dan meninggal. Maka hantu si ibu akan berkeliaran memakai baju putih dan telekung putih sambil menggendong anaknya. Si ibu akan pergi dari rumah ke rumah  lantas memberi salam dan mengetuk pintu. Bila pintu dibuka, si ibu akan meminta susu untuk anaknya yang digendong. Anak kecilnya akan menangis teresak esak. Tuan rumah akan sediakan susu kerana kasihan. Bila kain yang membalut anaknya dibuka, yang digendong bukannya bayi tetapi batu nesan panjang. Hantu susu tersebutpun menunjukkan mukanya yang pucat dan menyeramkan lantas berlalu sambil mengilai ngilai panjang…


HANTU RAYA

Berasal dari Tanah Melayu. Pada masa dahulu, kerohanian Melayu adalah campuran animisme, Hindu dan Buddha. Menyembah Roh tidak jarang berlaku dan kepercayaan ini berterusan di kawasan luar bandar sehingga separuh kedua abad ke-20. Dalam kes Hantu Raya, pemilik dikatakan telah membentuk pakatan dengan iblis atau diwarisi dari generasi yang lebih tua dalam bentuk yang dikenali sebagai Saka atau legasi yang diserahkan ke bawah generasi. Sebagai balasan untuk kebaikan dan kuasa, pemiliknya bersetuju untuk mengadakan peruntukan bagi hantu itu dan melantik pemilik baru untuk sebelum mati.

HANTU LANGSUIR

Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula apabila seorang perempuan yang dirogol dan mati dibunuh dengan kejam. rohnya bangkit kerana dendam yang membara. oleh itu, langsuir akan melunaskan dendamnya dengan membunuh orang yang telah menyeksanya sebelum  mati.

HANTU JERANGKUNG

Di percayai berasal dari Tanah Besar China. jerangkung hanya dapat dijumpai dikawasan telaga atau didalam almari.
selain itu, ia berpunca apabila wanita berumur sebelum  mati   telah membuat perjanjian dengan jin bahawa dia  ingin hidup dan tidak mahu mati.

HANTU PONTIANAK

seorang perempuan yang cantik dan sopan santun yang sangat bahagia bersama keluarganya  telah mati ditikam berkali-kali. ia juga berjanji akan membalas setiap perbuatan yang menyebabkan kematian keluarganya dan dirinya sendiri.


HANTU PENANGGAL

Seorang ibu tiri yang kejam telah berkahwin dengan suami yang mati pucuk.hobinya memikat anak muda yang perawan untuk memuaskan nafsunya. ia juga mempunyai tuan dan mengikut kehendak tuannya. dia membunuh mangsanya dengan menanggalkan kepalanya dan mencari wanita yang baru bersalin lalu menghisap darahnya.

HANTU POCONG

asal usul pocong bermula apabila seorang wanita yang mati semasa melahirkan anak sulung. ia mapu bergerak sepantas kereta dan sering mengekori kederaan untuk mengusik manusia.mereka yang berjaya menangkap pocong dikatakan mampu mendapat kekayaan.



 
PONTIANAK

 
LANGSUIR

 
POCONG

 
RAYA

 
JERANGKUNG

 
PENANGGAL

 
KUM KUM

Sumber : FB

No comments: