Tuesday, August 9, 2011

Share : Beratnya Jadi Lelaki...

Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak
lelaki yang belum
baligh.

BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab
ke atas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya
maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala
perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh
suaminya.

BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi
suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri
tanpa izinnya.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar
suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa
yang ditanggungnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak
larat denganberatnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi
orang lelaki
ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki
kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-
kiranya.

Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
perlu taat pd
isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan
nifas yg tak
ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan
dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn
seorg wanita.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan
hartanya utk
menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa kecil).. Di
akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak
lelakinya dan saudara
lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-
mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat
shj: Sembahyang 5
waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika

taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi
berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Sumber : FB

No comments: