Tuesday, October 18, 2011

Apabila kesibukan

Salam malam yang indah..
Salam bulan yang cerah..

Oke oke nak stop madah berhelah..anyway rasanya dah terlalu lama tak update..asyik baca blog orang jer,tak sempat nak update.. Kesibukan saya sebagai seorang penjawat awam,seorang pelajar,seorang isteri,seorang anak,seorang menantu,seorang saudara,seorang kawan yang perlu banyak memberi ruang dalam hidup ini untuk menunaikan tanggungjawab mana yang lebih penting dahulu. Arini pun dah tingtong dengan hal kerja yang menimbun.

Oke,actually baru habis konvensyen KIK. See, how busynya saya ni.. Balik rumah pun kadang-kadang sampai pukul 3 pagi tapi alhamdulillah semua tu dah berakhir. Cuma resultnya akan diumumkan pada 28 oktober 2011 di Jabatan Peguam Negara. Harap2 kemenangan milik kami setelah berusaha sedaya upaya untuk sampai ke tahap bersengkang mata,tido di sofa pejabat semata-mata nak siapkan buku. Tapi kalau tak menang,adat bertanding la kan.

Hari minggu pula ada saja aktiviti yang kami suami isteri join. Terasa 24 jam sehari tu macam tak mencukupi je. Ye dop? Kami pergi Tour De Selangor la, picnic kat Air Terjun Lentang la, open house la, kenduri kahwin la ... Pendek kata macam-macam aktiviti. Panjang pula kata 'sibuk mengalahkan menteri sampaikan member sms pon 5 hari baru nak balas balik' hahahaha ampunkan patik wahai penunggu gua.. Kalau nak balas sms ni,patik balas siap pakej 4hari 3malam baru nak balas. Baru la tekedek-kedek nak check balik inbox...

Baru-baru ni dengar luahan member putus cinta la.. Hahaha memang kelakar kalau gelagat orang putus cinta ni. Nak mati la, nak bunuh diri la, nak tahan lapar la,nak tehegeh-hegeh balik la,macam-macam lagi la.. Eh helo kaum-kaum adam dan hawa sekalian. Tuhan ni bagi kita nikmat hidup tu untuk kita nikmati taw, bukan untuk kita sia-siakan. Ingatlah bahawa nikmatilah kehidupan kita dengan baik selagi nyawa masih ada.. Jangan sampai tinggal noda penyesalan dalam hidup sebelum kita kembali kepadaNya.. Cewahhhh jadi ustajah pulak. Iye la, jangan la jadi macam kita ni tak guna sangat. Pegi buat menda2 bodoh. Kalau macam tu nampak sangat kita ni kurang cerdik, cuba la jadi orang cerdik. Tuhan masih sayang kita,sebab tu la dia kasi kita ruang dan peluang untuk perbaiki hidup. Cinta datang dan pergi. Tapi jangan sampai makan diri. Lagi- lagi kita sebagai perempuan. Harus la buktikan kita jangan terlalu lemah. My girl, masa depan kerjaya awak lagi cerah dari memikirkan tentang dia. Jangan menyesal tentang apa yang pernah terjadi antara awak dan dia. Ramai lagi yang masih sayangkan awak taw. Pujuk hati tu baik-baik ye.. Nanti datang penang kita makan pasembor sama-sama no..

Oke bab bebel dah habis..tak lupe nak wish kat my old friend Mardiana Kasim yang akan berkahwin dengan pasangannya.. Dan juga my cousin Dayah dan pasangan,along dan pasangan and Syafiq dan pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan.. Dan tak lupa juga kat cousin in law Farah yang akan bertunang raya haji nanti.. Eh panjangnya wish untuk kahwin-tunang ni.. Nanti ada masa baru la nak upload picture-picture bagai.

Oh sekarang tengah jaga pemakanan. Haruslah berpantang untuk mengelak risiko kemudian hari.. Harap2 kejadian itu tidak berulang lagi. (tapi tersangat terliur dengan jeruk penang itewww) owww banyak sangat yang harus dipantang.. Babai air tebu,jeruk,cuka,air gas,air kelapa,nenas... Haihhhhhh kecur air liur.. Eh babai!

1 comment:

Diana said...

Halemak..tetibe terbaca.. siap full name lak tu..erkkk