Tuesday, November 29, 2011

Kelas Asas Membuat Coklat

hahaha fengsan mak.. Okeh, tak mau panjang-panjang cerita, meh cekidot.

SPA 25 Nov ----- Biro Pendidikan PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menganjurkan Kelas Asas Membuat Coklat yang dikendalikan oleh ahli PUSPANITA sendiri iaitu Puan Emma Aqgita binti A.Rahman (Bhg. Pengambilan Khas) dan Puan Nurul Rasyidah binti Suliman (Bhg. Perkhidmatan). Program 2 jam tersebut yang diadakan di Anjung Ilham, Aras 10 telah dihadiri seramai 40 orang ahli PUSPANITA SPA. ----- Biro Seranta dan ICT
 
 
DSC_0002.JPG
 
See, aku di situ. Menyemak or menyemak? (Sila baca dalam 2 nada yang berbeza)
 
 
 
DSC_0020.JPG
Sebahagian daripada anak murid cikgu cikgi.
 
 
 
DSC_0021.JPG
Yang berdiri tu my boss. Hai Miss Chan
 
 
 
DSC_0135.JPG
Ni kes coklat dah nak mengeras. So masing-masing nak panaskan balik coklat tu. Serius, meriah gila. macam kat Dewan Rakyat tengah bersidang plak masa tengah ketuk-ketuk acuan.
 
 
 
DSC_0151.JPG
 Syura dan Puan Rozi. Picitttttt picittttttt.......
 
 
DSC_0179.JPG
Hasil kerja mereka. Bukan main kreatif siap ade 3 dan 4 layer lagi.
 
 
 
DSC_0198.JPG
 
Ni la peserta-peserta riang-ria-kanak-kanak-ribena. hahaha So pada 16 Disember ni akan diadakan semula bagi ahli Puspanita yang belum lagi dapat menyertai program ni..
 
 
p/s: rasa nak tukar profession jadi Masterchef.

No comments: