Thursday, December 15, 2011

Pecah berderai

Aku mempunyai gelas kaca yang cantik.
Sangat cantik rupanya.
Satu hari gelas kaca aku tiba-tiba pecah.
Pecah berderai.
Sangat menyayat hati bila aku lihat gelas kaca aku pecah berderai.
Namun kerana aku masih sayangkan gelas kaca, aku kutip balik gelas kaca aku.
Aku gam kemas-kemas.
SIAP!
Aku gembira walaupun gelas kaca aku sudah tidak cantik lagi.

Satu hari gelas kaca aku pecah lagi.
Kali ni terhempas menyembah bumi kala badai datang melanda.
Tapi aku sayang, aku kutip lagi gelas kaca aku.
Walaupun dah tak cantik, aku tetap hiaskan.
Kata orang, antik.
Kata aku, sayang.

Tapi bila makin aku sayang, semakin gelas kaca aku retak berbelah seribu.
Lama-lama aku terlalu sakit untuk menantikan gelas kaca aku kembali cantik.
Aku fikir aku perlu biarkan.
Biarlah ia bertaburan.
Biarlah ia pecah.
Bila terpijak mesti sakit kan.
Barulah terasa yang sebenarnya gelas kaca aku amat berharga.

Itulah hati aku.
Sabarlah wahai hati.

Pelangi itu cantik.
Hadir tatkala selepas hujan membasahi bumi.
Pasti gelas kaca itu akan bersinar indah melihat pelangi yang cantik.
Ya Allah, kau kirimlah berita gembira di kala aku sedang dalam kedukaan.
Ya Allah, kau berikanlah sinar cahaya agar dapat menyerlah di dalam kegelapan.




No comments: