Thursday, January 19, 2012

Kejadian hari ini

Baru balik dari klinik Putrajaya. So doktor dah bagi appointment date. Errr, perlu ke ambil sampel darah? Tak suke :'(. Ok, demi nak tahu kisah selanjutnya, memang kena ambil darah tapi bukan hari ni. Lain kali kekekeke. Ada la beberapa kejadian sepanjang aku tunggu panggilan dari bilik no 7 tu. Kejadian pertama. Sebenarnya ternampak 1 geng berpakaian serba hitam. Musykil! Eh, apasal pulak dorang ni potong queue? Dorang pi kaunter 1 then bagi surat. Dalam hati, "kalau sakit takkan la 4-4 orang tu masuk bilik sekali?" Ok, fine.

Dah setel register, dapat no bilik untuk jumpa doktor. Sengaja je duduk dekat-dekat area dorang. Samil-sambil tu pasang telinga dan buat-buat study mikroeconomi (sengaja bawak sample question untuk study dari layan boring tengok kerenah orang) Then dengar la pakcik tu cakap "dulu masa dia jadi Ketua Pengarah, dia kena tangkap masa tengah memancing kat belakang rumah.....Eh, kenapa SPRM langsung tak senyum? Tak macam polis.... blablabla" Ok, motif? Still musykil siapa dorang ni sebenarnya? Ikut firasat rasanya dorang ni kalau tak sprm, maybe polis or maybe pegawai penjara. Sebab aku ada tengok sorang mamat ni tua bebenor. Maybe pesalah. Pakai tshirt oren sambil tutup dengan sweater.

Doktor pun masuk bilik tu, dorang pun sama masuk berjemaah. Eh, dah syak lain ni. Bila dorang keluar dari bilik tu, aku rasa orang yang pakai baju oren tu adalah pesalah. Sebab salah sorang berbaju hitam tu suruh dia duduk. Muka mamat pakai baju oren tu pun ala-ala pesalah je. Bila dah lama tu, betul la sangkaan aku. Sebelum masuk klinik ada terbaca kat depan pintu masuk tu, kaunter 8 adalah untuk OKU, warga emas, banduan, bla bla.....banduan??


 Gambar ihsan google. Tiada kaitan pun dengan pesalah dalam gambar ni. Sekadar nak menepati ramalan yang pesalah memang memakai baju kaler OREN. hihihihi


Ok, setel cerita banduan tu. Eh, part aku tak habis lagi kan. Doktor cakap dia tak dapat nak pastikan lagi. Next appointment selepas buat ujian darah baru la dapat tau sebab kalau bagi ubat terlebih dahulu, takut ada apa-apa effect pulak kat aku ni ha. Kejadian kedua. Kenapa aku tengok attitude orang yang berpangkat besar ni jarang la yang merendah diri? Sombong pun ada jugak. Mr X ni aku tahu la ko ni pangkat besar, nak wat medical check up untuk naik jusa. Tapi jangan la suka-suka hati nak cepat je. macam orang tak tentu arah. Orang lain pun beratur menunggu jugak. Naik hairan aku dengan dia ni. Doktor tanya surat tu untuk naik pangkat, boleh tak nak mengaku? Dah tentu-tentu dorang tu dah lama buat kerja checkup tu dan dah tahu detail-detail yang diperlukan. Nak kelentong apa lagi?

Ok dah. Nak taip panjang-panjang macam malas pulak memandangkan econ office ni sejuk. Ok bai!



No comments: