Tuesday, January 3, 2012

Kisah ASB

Selamat tengah hari.... burrppppppppp alhamdulillah. Baru pas melantak nasi+daging kicap+bak choi+bendi=mual nak muntah. Bukan tak sedap, tetiba tekak tak boleh nak telan. Makanan macam tercekik kat kerongkong. Ok, abaikan. Nanti ada yang geli pulak.

Tadi around 11.00am pegi ke ASB. mak datuk nenek atok toki moyang adik kakak abang........... Ramainya bukan main lagi. Beratur sampai luar. Becinta aku nak cari parking. Last-last, call asben. "B, orang ramai la. Tak boleh nak masuk. Kat luar pun ramai yang beratur. Tengok la petang nanti syg try gi pejabat pos. Nape B taknak ikut buat semula buku ASB? Mana B letak buku tu? Sebab B taknak ikut, nanti kalau syg dapat kuar duit ASB, B tak boleh ikut syg shopping taw. Sebab B bangun lewat. Orang bangun lewat tak boleh dapat dividen" Huahuahauhauhauahuahauhauahauhauahuahaua Ade ke spesies camtu?So, panjangkan langkah terus balik semula ke opes.

Tadi aku dah berkira-kira dividen+bonus yang bakal dapat. Alhamdulillah, suke suke suke suke suke. Sebab dah target nak beli Blackberry. Huahuahauhau agak ketinggalan zaman. Tapi berkira-kira jugak, nak blackberry or iphone4. Kelassssssssss bebenor iphone4 tu. Teruja mek tapi harganya maheiii. Baik mek amek ipad2 je. Tapi, bab-bab gadget under Steve Job ni aku serahkan kat asben. Tu part dia untuk membeli. Oh ya, cakap sal dividen ni tadi mek baru check kat web ASB. Ok gak dividen tahun ni. Nak tau?

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.65 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.15 SEN SEUNIT
19 Disember 2011
 
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.15 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2010: 7.50 sen seunit).

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 21% berbanding dengan RM5.82 bilion yang dibayar pada tahun 2010.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM628.29 juta oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.3 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.
Sehingga 15 Disember 2011, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9% kepada jumlah pendapatan kasar. Keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM2.25 bilion atau 31.3% kepada jumlah pendapatan kasar tersebut dan selebihnya sebanyak RM0.85 bilion, atau 11.8%, diperolehi melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2011. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2002 sehingga 2011.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit. Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan bermula pada 21 Disember 2011 sehingga 2 Januari 2012 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.


Ok, clear tak. Hari tu aku ada buat saving ASB dengan bank Easy RHB. Kawan asben yang promote. Nak harap aku menabung RM100 sebulan pun bencinta. So dengan terikatnya kontrak untuk menabung setiap bulan, maka aku pun menabung la demi masa depan. Huahuahua bunyi niat macam suci je. Ok, bai.

No comments: