Friday, April 6, 2012

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Info : Untuk yang mau mohon jawatan kosong. So kire hebahan jugak la ni. Copy paste jela eh dari emel bos.

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian YBhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara
online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan. Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/ urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.
 
3.         Oleh yang demikian, diharapkan agar penjelasan yang diberikan ini dapat membantu tuan/puan menerangkan kepada orang awam berkaitan dengan perkara tersebut.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

No comments: