Thursday, June 28, 2012

Ubat oh ubat

Semalam kan kita pergi appointment kat hospital. Sepatutnya minggu lepas, tapi memandangkan kursus kat KL, kira malas la nak balik Putrajaya. Padahal boleh je nak balik pun. So call hospital mintak tukar tarikh. So plus minus, dapat la tarikh semalam. Mak aih, ramainya orang. Aku sengaja je datang lambat sebab memang dah taw aku kena tunggu lama. Bila turn aku, no 453 bilik 62, cargas je masuk. Sekali doktor chinese lelaki tanya aku. "453?" "Ya saya" "Sila ikut saya ke bilik 1 lagi". I followwwwwwww. Sebut dalam nada Abang Jem taw. Hasil perbincangan, doktor cakap aku takda kencing manis. Alhamdulillah. Punya la aku takut sebab sebelum ni doktor cakap aku ada kencing manis. Kena buat ujian darah sampai 6 botol. Tapi sayangnya 2 result darah tak dapat detect. So bla bla bla bla, doktor pun nak buat pemeriksaan dalam rahim. "Saya akan buat ikut bawah". Aku rasa macam nak jalan terbalik je. Tangan kat bawah kaki kat atas. Dah la malu hari tu buat Pap Smear, hari ni kena biat plak pemeriksaan tu. Adoi. Pastu doktor lelaki chinese lak tu. Adoi, bertambah la aku rasa nak tepek bawang kat muka. 

Overall, tak sakit pun sebab nurse akan pakaikan jelly. So aku boleh nampak jelas rahim aku tu taw. Aku nampak la dinding rahim tu tebal sebab PCOS ni dan telur pun berantai. Dipanggil baby telur. Kelakar kan. Kena pulak buat UPT. Sebab nak comfirm if aku pregnant atau tidak. So selepas buat ujian air kencing, hasilnya negatif. So back to doktor tadi, bila masuk semula ke dalam bilik, doktor bagi aku cadangan. Aku kena follow the step. Hasilnya, lambakan ubat aku kena makan.


Kaler pink tu MEDROXYPROGESTERONE 5 MG TAB. Makan 2 biji, 3 kali sehari selepas makan selapa 5 hari. Ni untuk pecahkan darah pada dinding rahim. Ubat yang gambar ade petak empat segi tu, METFORMIN 500 MG. Makan 1 biji, 2 kali sehari selepas makan. Ubat ni familiar sebagai ubat kencing manis. Tapi dia ada 2 fungsi. 1 lagi fungsi adalah untuk banyakkan sel telur. Lagi 1 ubat kaler putih tu tapi saiznya kecik skit ialah antibiotik untuk hapuskan kuman/bakteria, METRONIDAZOLE 200 MG. Makan 2 biji, 3 kali sehari selepas makan selama 7 hari sahaja. Yang besar kaler kuning kristal tu, bukan ubat ok. Tu Virgin Coconut Oil (VCO). hihihi untuk kulit. Alhamdulillah selepas makan VCO tu, kulit dah tak kering macam dulu. So kena makan berterusan baru nampak hasilnya. So 6 biji ubat untuk dimakan ada waktu pagi dan malam. Untuk waktu tengah hari, 4 biji je. So, kemungkinan besar lepas habis ubat ni, aku kena makan clomid pulak. 

Alhamdulillah bila dah taw, aku boleh enjoy lagi. Maksud aku, berbaki sisa-sisa 2 semester lagi tu kira ok la. At the same time boleh luangkan masa bersama dengan suami. Rezeki, berserah pada Allah. Faham kan? Aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Rezeki bukan manusia yang tentukan. Pada yang mengecam, mengutuk, menyindir tu, ketahuilah bahawa perancangan dari Allah tu adalah lebih baik dari perancangan korang. Masih terkesan lagi kata-kata Kak Fisah kat aku, tu yang buat aku tak patah semangat. Dia dah melalui segala pahit getir sebelum kehadiran little handsome Zikri and little cute Airis. Oh, tetiba aku rasa nak sebak.

Sebenarnya aku ada 1 lagi rahsia yang aku nak kongsi.Benda baik biar aku share, agar dapat manfaat tu bersama. Sebelum ni pernah aku ceritakan kelebihan air zam-zam kan dalam entry http://nurulrasyidah.blogspot.com/2012/06/kelebihan-air-zamzam.html. Sebenarnya dalam tempoh seminggu dua ni aku alami demam pelik taw. Demam ni aku alamai pada waktu petang, selepas maghrib,selepas isyak atau waktu tengah pagi. Memang pelik la. Smapai ada masa aku merayu mintak asben balik rumah, temankan aku tidur. Mujur jugak la asben bergegas jugak balik dari Sunway tu. 

Pastu ari-ari aku sakit sangat-sangat. Senak. Selasa malam rabu, aku minum air masak dicampur dengan lebih kurang 1 penutup botol air zam-zam sebab nak jimat kan. Aku niat la dalam hati, semoga dengan kelebihan dan nikmat air zam-zam ni, Allah sembuhkan penyakit. Perelokkan ari-ari, jika pregnant selamatkan kandungan. Jika tak pregnant, datangkan haid dengan baik. Rabu malam khamis tu aku dah period. Kali ni period dah normal balik.Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Aku rasa nak lompat bintang. Terdetik dalam hati nak buat sujud syukur. Jangan la beranggapan masalah aku ni pelik, orang tak melalui apa yang aku lalui. Aku bercerita sebagai pengalaman dan untuk berkongsi. Aku percaya, dengan niat yang baik, berdoalah dengan penuh istiqamah dan penuh keyakinan dalam hati. Berdoalah, jangan malu mintalah apa sahaja dengan Allah. Dia Maha Mendengar, Dia jugalah yang Maha Memberi Rezeki sebab Dia yang lebih mengetahui sebaik-baik kejadian. Mak aku pun sama. Dia makan ubat tahan haid untuk pergi umrah, bila balik dari umrah, haid pulak tak datang-datang. Lepas tu mak aku minum air zam-zam dan niat minta datangkan haid. Alhamdulillah, esoknya keluar period. Ajaibkan, kuasa Allah. Itu je yang aku nak share. Challowwwwwww.

2 comments:

Saffiyah said...

Salam. Mesti malu gila kan kena dengan doktor lelaki. Saya dua bulan lepas buat pap smear kena dengan doktor lelaki adosss malu seh kena kangkang rasa macam nak nangis pun ada, kepala sarung tudung labuh, kaki pakai stokin, siap pakai kain dalam tapi kena selak habis huhuhuhu malunyaaaaaaaa

Anonymous said...

Bukan nurse wanita yg buatkan ke? Saya dulu lady nurse je buat tapi still malu