Tuesday, September 25, 2012

Salam rindu dari bumi kenyalang

Yuhuuuuu...
Lama tak update blog kan. Asyik terjah blog orang je. Maaf la atas kemalasan hamba ni. Ermmm, banyak plak yang update sal makanan. Saje je membuka selera tekak ni. Pada sesapa yang dok comment kat entry-entry yang lain, meh cheq jawab kat sini jela ye.
 
1. Yang tanya sal Tune Hotel tu?
 
My answer : Ye, tune Hotel tu best. Murah pon murah. Cuma yang mana kena add on tu, tambah jela. Bukan mahal sgt pon stakat aircond dan tv tu.
 
2. Yang tanya sal handphone/gadget serta harganya sekali?
 
My answer : Saya dah tak JUAL. Anda terlambat.
 
3. Yang nak booking tiket USS tu?
 
My answer : Contact la akak tu terus. Sila baca entry saya yang bertitle Universal Studio Singapore tu. Nampak kan muka saya tengah pegang tiket yang baru print tu. Amboi, anjenye korang ni ye. Aku dah tulis detail sebijik-sebijan pon masih dok tanya lagi. Kami bukan taknak jawab soalan2 hangpa tu. Tapi kami ni bangsa malas nak repeat. Kami ni customer akak tu je. Selebihnya boleh contact directly dengan akak tu.
 
4. Yang selalu bebel tak update blog tu?
 
My answer : hahahahaha no komen. Nak transfer gambar punya la malas. Busy sangat. Ya, busy taw. Sibuk dengan KIK, kursus, kelas, assignment, kerja yang melambak-lambak. Bukti?
 
 
See? Busy kan sampai tak cukup tidur. Kol 1 je aku dah siap-siap ejas lengan kasi sama macam bantal empuk. Kol 2 loceng bunyi, baru la nak terkial-kial bangun. Hamek kau. Siap kena candid dengan pakatan rakyat-rakyat unit 5 tu. Ni kerja si Kak Yus. Dorang ni memang tunggu je time aku tidur. Sebab selalunya aku yang selalu pekena dorang. Dorang tidur je, aku  upload gambar. hahahaha Semua dah kena, aku je belom. Bila dorang nampak aku 'kecuaian' menjaga kejelitaan aku, dorang bedal upload kat FB dorang 2 gambar sekali gus. Hampesgas betoi.
 
 
 
 
Ni kerja si Rahim. Sabau jela. Mujur tak nampak muka. Air liur basi nampak sekali tak? hhahahaha Ni baru je habis Konvensyen KIK peringkat JPM. Alhamdulillah kumpulan aku menang tempat ke 3. Dapat RM2000. Yang bestnya, opes kasi lawatan pi Sarawak.. Yey! Ermmm, Sarawak lagi. boringnya la aku.
 
 
Ni la gambar Kak Yus yang aku kenakan. Huahuahauhauhauahua hantu kak limah balik opes. Tu yang dorang balas balik kat aku.
 
 
Ni plak Munirah. Ibu mengandung ni nak tidur je kejenya.
 
 
Ni la Rahim. We all berempat ni kalau nak buat pedajal, memang berpakat. 1 unit 1 rahsia. boleh eh tema camtu? hahahahhaktui.
 
Dari kiri : Abang Wadi ( biras) - ayah (bapa mentua) - ayah (bapa kandung) - Pak lang (pakcik asben) - Pak Itam (pakcik asben)
 
Berita lain plak. Pak lang dalam ingatan - berbaju hijau (yang kedua dari kanan). Kembalinya arwah Pak Lang (Pakcik asben aku) ke rahmatullah pada 17 September 2012 jam 3.30 petang. Aku sayang sangat Pak Lang sebab Pak lang penawar rindu pada arwah toki. Now 2-2 dah takda. Semoga roh arwah Pak Lang aman di sana. Al-fatihah. Dan tak lupa juga untuk arwah kazen aku Amirul Shafiq Mahidin yang meninggal dunia pada 9 September 2012 keran terlibat dalam kemalangan. Semoga aman di sana Miyo. Al-fatihah.
 
Congrate jugak untuk kazen aku Keri (Khairi) dan Ana. Selamat pengantin baru. Kalau tengok ada gambar cina, tu adalah darah daging keluarga aku jugak. Tok (nenek belah mak) adalah keturunan cina suatu ketika dulu. Sebelum tok kawin dengan arwah toki, tok masuk Islam. Adik tok (ketiga berdiri dari kiri) masih dalam agama asal. Tapi keluarga kami sering berhubung. Aku? berdarah cina dan jawa. Tapi darah sebenar aku, aku berdarah 'O'. hahahahahaha So kepantangan aku bila aku marah, habis darah samurai aku keluar. hahahaha
 
Now, aku kat Kota Samarahan. kena kursus 1 minggu. Oh, bosan. Sebab pergi bukan untuk holiday. Tak tahu apa nak buat dalam bilik ni. Tadi dengar pengumuman yang Intan Sarawak akan bawa penghuni yang tinggal di asrama untuk berjalan di bandar kuching. Yahoooooo. *Lompat bintang*
 
Lagi 1, aku sebenarnya risau condition badan aku. Sejak dari puasa aku batuk dan sakit dada tak henti-henti. Kurang selera makan. Turun berat badan. Then, sampai Sarawak aku demam, selesema dan bersih. Condition aku sekarang pon tak berapa stabil. Tapi aku tengok tv3 sal penyakit tibi. Pemberita tu bagitaw la gejala-gejala penyakit tibi. Dorang suruh alert. Aku text asben tadi, dia suruh aku pergi klinik. Tapi klinik dalam ni ya ampun jauhnya dong. Aku mana ada transport nak keluar. Besarnya macam universiti. So boleh imagine tak? Tapi biliknya first class. Kalau pasang carpet dalam bilik, sebijik mahal hotel 5 star. Harap aku dapat bertahan sampai aku balik KL nanti.
 
Doakan aku sihat dan selamat. Amin. Please, aku perlukan doa kalian.
Salam.
 
 
 

No comments: