Tuesday, December 27, 2011

Hari Mengantuk

Assalamualaikum.

Ya Allah, mengantuknya la hari ni. hari permulaan bekerja memang macam ni la moodnya. So terjah-terjah la blog resepi. Mek dah jemu dengan kek coklat. Dah selalu buat, mek naik muak nak makan. Tapi kalau nak buat, mek rela. Hikhik Mek rela berada di dapur berperang dengan kuali periuk and the geng daripada lipat kain. Huarghhhhhhhh, liatnya mek nak lipat kain. Tapi makin dibiat makin banyak pulak kain yang tak berlipat. Lipat kain adalah kerja paling lambat sekali mek buat. Tapi bila dah melipat kain, habis semua mek lipatkan. Heehehehe Tadi mek text asben. "B, malam ni nak makan nasi lemak tak?" Mek dah plan malam ni mek rasa mek nak masak nasi lemak sambal sotong. Oh terliur mek! Memandangkan sotong masih ada lagi dalam ice box tu, elok la mek beramal dengannya.

Semalam sekali lagi mek repeat masak nasi ayam madu. Mek tanya asben nak makan nasi putih or nasi ayam or........ Belum sempat mek habis cakap, asben mek nak nasi ayam. Ok set! bahan-bahan pun ada lagi. Mek lupa je nak snap gambar masakan mek. Tapi resepi nanti mek tempek. Senang je. mek pun tak belajar mana-mana, mek call mak mek "mak,bla bla bla bla........." lalu keluarlah hasil dari jari jemari mek yang sodap ni. Seharian mengemas rumah, sekali barang tak pakai punya la banyak sampai menimbun-nimbun mek humban ke tong sampah. Rumah kerajaan langit tinggi melangit ni memang susah kalau nak campak depan rumah je sampah tu. Nanti campak ikut balkoni, ada kena maki dengan jiran. hihihi.

Mek masih menanti hadiah tahun baru ni. Asben mek dah dapat. mek belikan beskal BMX ngan COMSET (communication set a.k.a walkie talkie) Sian pulak mek tengok dia asyik pinjam yang kawan-kawan je, mek pun belikan. Tu pun bersyarat. Mek cakap mek nak hp baru, sebab mek dah bosan guna iphone tu. mek cepat boring kalau yang touch screen ni. Asyik salah tekan je. Pastu cepat habis bateri. Tensi mek! Yang kelakarnya asben mek post dalam FB, "happy dapat hadiah krismas ni, tq mywife" lebih kurang macam tu la. Patut la dia pandang mek semacam je pas beli comset tu. Comset tu brand YAESU. Kalau tak silap belinya di Singapore. Tapi mek beli melalui kawan asben. Harga asalnya boleh google. Tapi mek dapat dalam RM550 je. Bahayanya comset ni sebab ianya dah disetkan dengan pelbagai frekuensi. Detailnya mek terpaksa rahsiakan. Sangat bahaya kalau mek bagitau sebab frekuensi organisasi dot dot dot pun boleh dapat. Ngeri mekkkkkk. Mek cuma pesan kat asben jaga barang tu elok-elok. Asben suka sangat-sangat sampai mek naik bosan asyik di on je comset tu. Katanya nak habiskan bateri sebab nak charge balik. Sanggup kan? Kelakar la asben mek ni.

Oh pasal beskal BMX tu pun malam krismas tu jugak dapat. Berurusniaga jam 1 pagi di Danau Kota. Hadoiiii, naik mengantuk mek tunggu dalam kereta. Pasni kalau tak exercise jugak, mek gulaikan beskal tu buat kari. mek mengantuk sangat-sangat ni. nak tidur jap la. Econ office ni sejuk sangat.


Boleh tak tahan mengantuk macam Abg Bean ni? Sanggup? Kihkihkih

pict:google

No comments: