Saturday, December 17, 2011

Dimanakah hatimu

Now dah tengah hari. Semalaman aku tak dapat tidur. Nak kata aku terlebih tidur semalam, tak jugak. Berbekalkan semangat, aku gagahkan jugak. Mak cakap hidup kena sabar. Ok mak, saya sabar. Mak, sabar tu ada penghujung tak? "takda". Ok mak.

Mak, mak ok tak? "mak ok. Awak ok tak" Saya ok je mak. "Nuar ada tak?ke outstation lagi" Dia ok je mak. Cuma biasa la dia sibuk. Jarang nak ada masa kat rumah. Kadang-kadang tinggal sorang-sorang sampai malam. "oo, takpa la tu. Makin ditinggal makin sayang" Oo yeke mak? 
------------------------------------------------------------------------------------------
Hp aku asyik ulang lagu by Spider tajuk Kita Satu. "Seringku bertanyakan dimanakah hatimu sayang. Kian lama ku simpan..keresahan cinta dalam diam. Sampai bila harus pendam layan cinta perasaan. dengan lafaz ku bisikkan..Kita telah ditakdir bersama..Teman hidup di dunia..Malam siang kita jadi satu..Kerana engkau adalah milikku..Pegang tanganku seeratnya dunia ini berputar ligat..Mengapa harus ada sesal andainya tersungkur tetap bersama.." Menjurai-jurai air mata aku.
------------------------------------------------------------------------------------------
Aku kenyang walaupun dah 2 hari aku tak menjamah makanan. Hanya berbasahkan air mineral. Aku tahu rata-rata ramai yang sudah berkahwin. Best kan perkahwinan tu. Berbekalkan restu ayahbonda, saat diijabkabulkan terasa satu perubahan yang drastik. 360 degree hidup berubah. Mana mak? mana ayah? Maaf, mereka bukan lagi menanggung hidupmu. Namun silaturrahim tetap utuh bersama. Makkkkkkk Ayaahhhhh ... Saat bersalaman adalah saat paling sedih yang aku pernah alami. Aku dah terpisah dari tanggungan ibu bapa aku. Kini aku hak milik suami. Aku adalah anugerah dari Allah buat suami tercinta. Aku berasa kekok. Suami? Oh tuhan, terima kasih. ini adalah anugerah yang tak terhingga buatku. Aku redha dengan pemberian dari-Mu. Terima kasih kerana memakbulkan doaku untuk mencari jodoh dan terima kasih atas pemberianMu itu. Syukur! Syukur! Syukur! Saat diijabkabulkan, itulah nekadku. Hidup dan matiku adalah untuk suamiku. Syurgaku adalah dari redha suamiku. 

Aku tidak perlu memandang belakang. Aku tinggalkan segala kepahitan aku, aku terjemahkan dalam rumahtangga aku. Aku belajar satu per satu tentang kehidupan. Masak, makan, pakai, mengemas. Semua tu dalam poket. Sewaktu bujang, aku melakukan rutin yang sama. Cuma aku tak perlu untuk serve orang. Bila dah kahwin, keutamaan aku adalah suami aku. Rutin kerjanya yang sibuk membuatkan aku jarang bersama. Aku faham, kerjayanya untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku pasti bagi setiap isteri di luar sana, pasti akan menjadi Menteri Kewangan. Isteri adalah assistant suami. Menjadi pengurus dalam pentadbiran tapi suami tetap pentadbir. Begitu juga aku. "Dia membuatkan hari-hariku sempurna bagai tiada celanya....

Namun, ku sangka panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari..Dugaan tetap ada. Saat inilah yang menjadi ujian getir dalam setiap pasangan. Semasa orang Islam menyambut bulan mulia, aku kehilangan "sesuatu" yang aku pasti menjadi impian dan cita-cita setiap pasangan. Aku redha, mungkin bukan rezeki aku. Insyaallah, pasti rezeki tu akan hadir kembali. Di akhir ramadhan, aku diuji lagi. Saat seminggu lagi menyambut hari raya, aku menyambut berita sedih. Kejadian yang hampir meragut kebahagiaan aku. Doa dan  doa. Tak putus. Aku kuatkan hati. Alhamdulillah dapat dipulihkan.

Tuhan nak menguji hambanya bukan sekadar ujian. Dia mahu melihat ketabahan dan kekuatan hambanya dalam mengharungi dugaan. Orang keliling sentiasa menguji. Aku? Sabar dan terus bersabar. Bak kata mak, hidup ni kena bersabar. Biar buruk di mata orang, tapi jangan putus asa. Fitnah, khianat, tipu, tu semua duniawi. "Betapa hebatnya cintamu memberiku sejuta pilu..." Hati aku tak pernah hancur, tapi perasaan aku YA. Kelmarin aku tak sangka kisah gelas kaca aku pecah kembali. Mungkin gam yang aku guna tak cuukup kuat. Aku ubah haluan. Aku dah tak semangat.Aku cuma bergantung dengan kudrat dan kenangan terindah yang pernah aku kecapi untuk aku bina balik kekuatan aku. Yang punah tu aku biarkan. Aku biarkan dan terus biarkan. Aku taknak kutip. Biarkan ia hilang sendiri. Tapi walau apapun yang berlaku, hidup tetap perlu diteruskan. Aku takkan undur. Biarlah masa yang menemani kisah aku sepanjang hayat. 

Ya Allah, kau titipkan kebahagian kami dunia akhirat. Kau eratkan kasih sayang kami. Sesungguhnya engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tabahkan hatiku untuk menerima ujian dariMu. Aminnnn


No comments: