Bawang merah 1 labu - hiris
Bawang putih 2,3 biji - hiris
Halia 2 inci - hiris
Lada besar 1 biji - hiris (maaf edisi kali ni lada besar dah habis)
*Cili api (terpulang kalau nak pedas or tak) For me, nak rasa pedas-pedas sikit. Isi la 3-4 biji*
Selepas bawang + halia ditumis sehingga naik bau, masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Gaul 1 minit.
Asam jawa - dalam 2 atau 3 sudu besar
Campurkan dengan air.
Gaul sampai jadi air asam jawa.
Sediakan 1 mangkuk air biasa.
1 mangkuk air asam jawa + 1 mangkuk air biasa
Kemudian masukkan dalam kuali.
1 sudu kecil garam besar
4 sudu kecil atau 2 sudu besar kicap pekat
4 sudu kecil atau 2 sudu besar kicap manis
Masak sampai la ayam tu masak. Eh? Macam pelik je ayat ni. :)
Kalau nak lagi best, masukkan lobak dan batang saderi.
Biarkan kuah tinggal sedikit, then baru angkat masuk dalam pinggan.
Ni la resepi paling senang dan antara favourite asben. Ada kuah dan ada lauk.
Sebenarnya resepi ni untuk masak ayam kampung.
Resepi turun temurun tok.
Tapi dok bandar, mana nak dapat sangat ayam kampung.
Belasah jela guna ayam bandar.
Try la, senang dan sodap.
No comments:
Post a Comment