Hai. Assalamualaikum.
Berkumandang dari jabatan kajicuaca. Ececehhhhh. Perasan. Lately cuaca agak tak memberansangkan. Eh, boleh eh guna ayat tu? yela, mana taknya, panas. Malam nak tidur pun panas. Ruang tamu pun terasa bahangnya. Kalau dok iron baju tu, macam tengah buat acara lari berganti-ganti. Adoiyainyepon. (tetiba jadi Eric) So lupakanlah episod nak tengok drama yang perlu menunggu hari dan waktu tayangan. Sebab? Tak tahan nak dok kat hall. Nak bukak sliding door, nanti seksi seksa pulak. Teringat kes polis skodeng rumah aku. Siot je. Dorang beli barang kat carrefour. Kebetulan adik lak tengah serve depa beli barang. Pastu boleh pulak depa dok cerita yang "malam tadi kan masa round kat area Presint ** tu kan, ada rumah tu nampak perempuan tengah menari-nari, pakai seluar pendek.Awak dok mana?" "Saya dok presint 9" Dan-dan adik ipar aku cakap dok presint 9. Masa tu ktorang bertiga dok kat ruang tamu la, tengok layan karaoke dalam rumah *tanpa menghiraukan jiran. hihihihihi*. Rumah corner lot, balkoni terus mengadap jalan raya. Biasa la dalam rumah, takkan nak tutup dari atas sampai bawah. Pakai ikut keselesaan masing-masing la. Boleh pulak dorang ni ngintip. Siot sangat oke. Korang ni jaga keamanan ke, or suka mengendap rumah orang? Lepas pada tu aku dah tak bukak langsir tu. Biar je tertutup dan berlangsir hitam. Maka berpanaslah dalam rumah tu. Tapi kalau musim hujan, sejuk bebenor rasanya. Oke, lari topik la. So dalam bilik, memang dah pasangkan aircond since 2009 kalau tak silap. Sampai la sekarang. Tapi yang dahsyatmya tak pernah service lagi. Dulu jarang guna, sebab cuaca oke lagi. Tahun 2012 ni la paling kerap penggunaan aircond. Tak tahan woooo.
-Remote aircond-
Aircond ni pun dapat sponsor. Hihihi
So far ok la Fujiaire ni. Tapi bila dah bertahun tak service, macam ada bunyi bising skit la kat motor aircond tu. Nanti la ada masa baru panggil maintanence.
Penyaman Udara *skema sungguh*
Ni bukan nak promote, tapi rasanya aircond ni dah jadi macam satu keperluan. Dulu boleh la dikatogerikan sebagai kehendak, now dah jadi keperluan dan kehendak. Ada jugak compare dengan Panasonic inverter. Kalau kat umah mentua, dalam bilik tu memang dah dipasangkan aircond *sempena kahwin aritu. mekasih ye bapak mentua ku*. Now aircond tu dah macam tak best, kena on kipas jugak. Kalau tak, berpanas la walaupun aircond. Adakah sebab salah setting? Tapi dah setting macam kat rumah punya. nanti kena setting semula la. Setahu aku la kan, brand yang paling bagus untuk aircond ni adalah York. Betul ke?
p/s: Siapa ada buat service aircond ni? Harga jangan mencekik k. Aku nak perkhidmatan korang k.
2 comments:
nenak, ekon memang la kena service kalau dah tak sejuk tu. dalam 120-150 je.kalau ada prob kena la dalam 250-400. rasanya york dgn hitachi ok sebab brand lama
oh yeke.memang dah taw tapi kura-kura xtaw. malas katekan. hahahahahaha pastu dah bunyi bising2.
Post a Comment