Untuk mak, maksu, makngah, tok, makdan dan cik fida. Semoga selamat pergi dan pulang ke Tanah Suci Mekah. Mak, andai esok adalah pertemuan terakhir kita, ketahuilah bahawa you are my everything. My love, my heart, my soul. Thanks mak for everything what you have done for me. Even anak mak ni dah bersuami, mak tetap di hati selamanya. Ketahuilah bahawa diri ini amat merindui dirimu setiap masa dan ketika. Mak, ampuni segala dosa-dosaku, segala salah silapku terhadapmu. Ingat lagi pertemuan kita semasa di rumah kawan mak baru-baru ni. Mak cakap, ikutkan hati memang tak nak berjauhan dengan anak-anak. Tapi masing-masing ada tanggungjawab dan tugas. Mak, ketahuilah dalam hati ni baru tahu yang mak sedih rupanya bila berjauhan dengan anak-anak. Sejak umur 18 tahun hingga kini, kita berjauhan kan. Kalau la tahu begitu rupanya hasrat mak, dah lama pindah balik kampung. Insyaallah mak, jika tiada aral kami akan berpindah juga balik kampung.
Mak, tak tahu la perasaan sekarang ni. Bercampur baur. Biarpun hampir 8 tahun kita berjauhan, tapi tak sama rasanya bila mak ke sana. Rasa macam tak sanggup nak lepaskan mak pergi. Mak seakan tahu je kan apa yang berlaku sekarang. Mak, doakan lah yang terbaik. Insyaallah harap doa mak dapat mengubati segalanya. Mak, rindu. Nanti mak doakan kesihatan ayah dan keluarga kita. Mak, selamat Hari Ibu. Mak mesti tak tahu kenapa tahun ni kita tak wish. Mulut ni bagai terkunci, macam-macam rasa gelisah tak menentu. Rasa macam nak ikut mak pergi jugak. Gelora hati ni tak siapa yang tahu mak. Mak, I love U so much.
Full stop.
Tak tahan dah banjir tik tok tik tok
No comments:
Post a Comment