Tuesday, June 5, 2012

Maggi sup


Sedap.dot.com! Bak kata Kak Nani, nikmat mana yang mahu ku dustakan. Ecewah. Resepi? Senang sangat kot.

1. Masukkan sedikit minyak. Untuk masak any sup, minyak tak perlu banyak sangat ye. Nanti lagi banyak minyak dalam kuah tu. Then tumis cili, bawang besar, bawang putih yang telah ditumbuk lumat.

2. Untuk 1 paket maggi, masukkan 2 cawan air.

3. Masukkan perencah maggi, #1 sudu kecil serbuk kari, #1 sudu kecil garam, #1 sudu kecil serbuk lada (Sudu kecil tu sudu Baskin Robbin yang tester aiskrim tu. So kiranya sikit jela jumlahnya. Serbuk lada/cili brand faiza best skit dari brand babas. Eh promo plak),   lobak dan bebola ikan. Kacau dan biarkan seketika.

4. Masukkan maggi mee dan sayur. Biasanya kalau nak masukkan sayur dan hirisan bawang (ala-ala onion ring), biar masuk lambat skit ye sebab nanti sayur lembik kalau masak lama-lama. 

5. Bila dah nampak macam 90% maggi tu nak masak, masukkan sebiji telur. Biasanya pecahkan dulu telur dalam mangkuk sebelum masuk dalam kuali. Ini untuk elakkan kita termasak telur busuk. 

6. Hidang atas pinggan dan hias dengan #daun ketumbar. For me, sangat suka daun ketumbar sebab mewangikan masakan. Sedap taw daun ketumbar tu. Cuba la letak kat mana-mana masakan. Wangi je bau. Tapi bukan wangi macam perfume tu. Haih!

7. Makan la. Ape tunggu lagi. Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan.

Sonang baitu ;) Ni la yang jadi kegilaan asben. "Nak maggi yang syg masak yang sedap tu" Ewah, kalau orang masak semua sedap kan. Kalau sendiri masak, punya la malas nak gi dapur kan. My resepi rahsia untuk buat maggi ni adalah yang di #bold kan tu.Selamat masak dan makan. Eh, lapa plak tengok maggi ni.

1 comment:

Cik Puan Izan❤ said...

nampak sgt sedap megi tu... dah tau dah resepi rahsia... dah tak rahsia lagi...hehe