Friday, June 1, 2012

My new sepatu

Kepada : encik suami                                                                                          1 Jun 2012

Tuan,

UCAPAN TERIMA KASIH TANDA PENGHARGAAN

Berhubung perkara di atas, saya puan isteri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik suami kerana menghadiahkan puan isteri sepatu yang sangat best. Semoga kehidupan dan rezeki encik suami bertambah dan dimurahkan rezeki selalu. Encik suami, puan isteri amat menyukai sepatu ini kerana puan isteri sangat selesa memakai sepatu ini bagai memijak sofa. Semoga encik suami diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda hendaknya.

Sehubungan itu, sudilah kiranya encik suami belanja lagi puan isteri kasut yang comel-comel ini. Terima kasih kerana memahami kehendak puan isteri. Sayang encik suami banyak-banyak. Puan isteri sangat suka setiap kali dapat hadiah dari encik suami. Diharapkan encik suami selalu belanja puan isteri supaya puan siteri boleh bergembira selalu.

Sekian, terima kasih.

Yang teruja gembira

nurulrasyidah
(isteri kepada suami yang dikasihi)


Tengs Carlo Rino sebab ada jugak buat sepatu yang memahami kehendak aku. (selesa + tinggi sikit je)


Taraaaaaa. Sepatu yang best. Pasni nak cari lebih kurang yang macam ni jugak. Ada lagi 1 design yang aku minat tapi tiada saiz. Harga RM 139 kalau tak silap tapi diskaun 50%. So dapat la dalam RM69.50.


Position dari tepi. Sorry la kabur lak. Tak pandai lagi nak setting camera time ni.







p:s # Hari ni nak kena ambil darah lagi. Wish me all the best :'-)

No comments: