Tuesday, August 10, 2010

aku




AKU...dari benih dipinjamkanNYA jasad, kiri atau kanan,hitam atau putih aku tentukan.. jadi kaca,intan atau permata ber harga aku corakkan. AKU...dihujani pelbagai macam kalut dan ribut, kaki di kepala aku,kepala di kaki aku.. siang malam aku,malam siang aku.. yang hakiki terabai,yang duniawi aku kejarkan.. aku khayal dan hanyut dibuai neon indah syurga ciptaan. dan AKU... menoleh ke belakang tika saat aku jauh dan terjatuh, tiada cahaya dalam gelap aku.. sunyi,sepi,kosong dan kelam temani aku.. aku lemas,terkapai kapai dan teraba raba AKU.. dan aku cuba bangkit dari jatuh sumbang aku, merangkak dan menapak ke arah cahaya.. cahaya yang sudah lama wujud,yang dibutakan oleh hati,nafsu dan aku.. minit saat,hari ke hari,tahun berganti.. cahaya itu setia menanti aku.. membuka pintu dan tingkap tingkap aku.. tapi aku masih bertemankan GELAP..

rery,kopi n pasta...

No comments: