Wednesday, May 18, 2011

Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 di KEMAS




Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17
(PEMAJU MASYARAKAT PELBAGAI JURUSAN)                                                               


TARAF JAWATAN : KONTRAK, Lantikan pertama selama tiga (03) tahun dan diperbaharui mengikut keperluan perkhidmatan
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Sokongan
KLASIFIKASI : Perkhidmatan Sosial
JABATAN / BAHAGIAN : Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
JADUAL GAJI : Gred S17
P1T1 RM 820.38 - P1T24 RM 2,151.35
ELAUN : Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00 sebulan
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM115.00 sebulan
Bantuan Sara Hidup (Mengikut kadar tempat kerja)


1. SYARAT DAN KELAYAKAN
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan; 
(d) Lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM serta lulus Ujian Lisan; dan
(e) Keutamaan diberi kepada calon:
i. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM; dan
ii. Kelayakan tambahan mengikut jurusan adalah seperti berikut;


2. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
2.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
2.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
2.3 Borang ini juga boleh didapati di:
(a) Laman web www.kemas.gov.my ; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan Pejabat KEMAS
Negeri adalah seperti di alamat berikut;


3. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
3.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 hendaklah lengkap diisi dengan terang.
3.2 Semua borang permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil lahir, salinan
kad pengenalan, sijil–sijil akademik dan persekolahan, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan SPM dan salinan Sijil Kegiatan
Luar yang telah disahkan hendaklah  dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon 
seperti alamat di para 2.3 (b) sebelum tarikh tutup permohonan.
3.3 Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul (pemohon hanya layak memohon satu (1) jurusan sahaja).
3.4 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
3.5 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.


4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN   :  30 Mei 2011 


5. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
5.1 Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga.
5.2 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya

1 comment:

afifabqori said...

salam anuar , nak tanya , pas bis kontrak kemas ni dh xde keje ke ?kontrak dah tak sambung ke?..