Wednesday, June 1, 2011

Perasaan

+________________+

Tatkala masa makin menghampiri, alangkah bahagianya perasaan di hati.
Perasaan yag disulami pelbagai cerita hati.
Yang pernah terpalit dan yang bakal terjadi.
Segalanya tela ditentukan olehNya.
Yang Maha Pencipta, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Memori
Masih terpahat di sanubari.
Perlukah ianya dibaluti dan disimpan rapi?
YA! Jeritan hati mahu sekalian alam sama merasai.
Suka dan duka.

Namun,
Apa lagi yang mahu dicari?
Kebahagiaan yang pasti.
Sebagai titik noktah kekal abadi.
Hingga akhir nanti.
Hingga tiada ganti.
Hingga penghujung hari.

Tapi,
Apa lagi hasrat dihati?
Mahu malihat airmata rahmat membasahi pipi
Mahu menikmati kasih sayang setiap hari
Mahu diri disayangi
Mahu diri dimaafi
Atas segala kekhilafan diri.
Atas segala pergolakan sanubari.
Atas segala kecetekan akal dan hati.

No comments: