Thursday, July 21, 2011

Saudara baru

Assalamualaikum

+_________+

Hari isnin baru ni dapat email mengatakan ada penggambaran tv. Dalam kepala ni fikir, eh glamor la camni. Hakhakhak..

Tuan/puan,



Adalah dimaklumkan bahawa pihak JAKIM akan mengadakan penggambaran di Bahagian KT yang dijadualkan pada 21 Julai 2011 (Khamis), jam 10.00 pagi dan telah memilih Encik Arif Waliyuddin Leong bin Abdullah sebagai personaliti untuk rancangan HIKMAH yang disiarkan pada hari Jumaat, jam 11.30 pagi di RTM 1.


Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan amat diharapkan supaya memastikan:


i. Persekitaran kerja/unit berada dalam keadaan kemas dan teratur. Ketua Unit bertanggungjawab memastikan unit di bawah seliaannya berada dalam keadaan kemas dan selesa;
ii. Tuan/puan diwajibkan berpakaian kemas dengan memakai baju batik dan tanda nama pada hari tersebut; dan
iii. Sentiasa menjaga adap dan menghormati tetamu.


Sekian, harap maklum.

Tahniah untuk abangku Leong. Eh! Silap. Arif.. Aku adalah adik bongsu dalam unit aku ni. Dan beza Arif dan aku adalah 2 tahun. So dia mesti dikatogerikan sebagai abang. Aku tersentuh juga dengan kisah penghijrahan dia. Bukan mudah untuk dia berhijrah dalam keadaan mendapat tentangan dari keluarga. So, untuk mengikuti kisah dia ni, nanti aku update semula.

Have a nice day!

*Nak pakai lawa-lawa, nak mekap cantik-cantik sebab nak masuk tibi*pangggggg..tampo kang

No comments: