Wednesday, July 20, 2011

Yang ditunggu-tunggu

+______________+

Alhamdulillah, lagi 10 hari maka akan bermulalah bulan suci. Bulan yang i tunggu-tunggu setiap tahun. Bulan yang maha pemberi pahala berlipat ganda dan penghapus dosa. Itu pun kalau betul-betul bertaubat.

Bila dah besar ni, bulan puasa la yang paling ditunggu-tunggu. Entah la kenapa. Gembira bila ia datang. Sedih bila ia pergi. Tak sama feelnya seperti bulan-bulan lain. Adakah i sorang yang merasa sebegitu? Ataupon ada orang lain lagi yang merasa sepertimana yang i rasa. Insyaallah, kalau tiada aral maka i and hubby akan celebrate our 1st Ramadhan kat our hometown. Yeahhh, kami dari kampung yang sama. So tak la gaduh nak balik kampung masing-masing cuma tak tahu nak balik kampung sape dulu.

Kalau dah balik kuantan, comfirm 3 buah rumah aku wajib pegi. Umah mak ayah, umah ibu ayah (mentua) dan umah tok. Tehheeee +____________:______________+ happy berganda-ganda

Niat puasa:

Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala

Niat puasa sebulan:

Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala


So, di kesempatan ni saya dan suami memohon ampun dan maaf kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini diatas segala kekhilafan kami di dunia ini. Maafkan kami. Dan secara peribadi, saya memohon ampun dan maaf kepada suami, mak ayah, ibu ayah, keluarga,kawan-kawan, sahabat  handai, guru-guru sama ada saya mengenali anda dengan rapat ataupon biasa mahupun saya tidak mengenali anda. Semoga korang semua dirahmati Allah dunia dan akhirat. Banyakkan amal makruf, nahi mungkar. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Eh, touching pulak. Hihihi..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia dan meniti bulan Syaa'ban dengan amal yang baik.

No comments: