Sunday, September 11, 2011

Tahniah

Anak dara tercekik halkum,
Assalamualaikum..


Tercekik halkum kat tepi perigi
Selamat pagi..

Sekarang banyak musim orang mengikat tali pertunangan or perkahwinan. Tahniah untuk kawan-kawan tapi mintaa maaf pafa yang tak sempat nak datang.. Dalam ramai-ramai artis, aku haru bila baca mengenai Faezah Elai dalam keratan KOSMO. Yeah, amat tepat sekali untuk menyatakan segala kuasa jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.. jom cekidaut apa yang tertulis di laman tu..


Sensasi Bintang: Segalanya berjalan mengikut perancangan malah semua kontroversi selama ini juga sudah berakhir, apa yang boleh kalian luahkan?
HEYKAL (H): Ya, perkahwinan kami sudah tersurat dan sebagai hamba-Nya, kita harus akur dengan kuasa jodoh. Ada orang bercinta dan mengharapkan perkahwinan tetapi jika tiada jodoh tetap tak jadi kahwin. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan sesiapa. Apa yang boleh saya katakan, kami sangat bersyukur. Jika selama ini saya ambil sikap berdiam diri dalam banyak hal, selepas ini, rasanya saya perlu masuk campur jika ada pihak yang masih mahu menjatuhkan isteri saya.
FAEZAH (F): Saya harap segala cerita lama sudah boleh boleh ditutup dan tak perlu lagi dibangkit-bangkitkan. Kami sudahpun berkahwin.
Kenapa jumlah hantaran masih dirahsiakan?
F: Kami ada alasan peribadi, bagaimanapun jumlah itu akan diumumkan juga menjelang majlis resepsi pada bulan Disember nanti.
Memandangkan Heykal adalah pengarah drama, adakah Faezah akan menjadi pelakon tetap anda selepas ini?
H: Jangan cepat buat andaian, semua itu bergantung kepada watak.
Mungkin boleh kongsikan sedikit detik indah bagaimana hubungan ini bermula?
F: Saya masih ingat lagi, kami mula rapat semasa penggambaran drama bersiri Asmara 2. Heykal lamar dan pertama kali meluahkan ungkapan 'I love you' kepada saya semasa kami dalam perjalanan pulang selepas keluar menonton wayang.
Kenapa Heykal menjadi lelaki pilihan awak untuk dijadikan calon suami?
F: Saya fikir kami ada ikatan yang cukup serasi, selain ambil berat dan romantik orangnya, kami berasal dari negeri yang sama, budaya, percakapan dan berkongsi makanan kegemaran yang sama. Saya senang dan selesa dengannya.
Heykal pula, kenapa memutuskan untuk berkahwin dengan Faezah?
H: Dia mudah rapat dengan ahli keluarga dan adik beradik saya padahal kami baru kenal. Itu yang buat saya berkenan dengan sikapnya.

Ok, meh aku pulak jawab jikalau aku.
Segalanya berjalan mengikut perancangan malah semua kontroversi selama ini juga sudah berakhir, apa yang boleh kalian luahkan?
Aku: Ya, perkahwinan kami sudah tersurat dan sebagai hamba-Nya, kita harus akur dengan kuasa jodoh. Ada orang bercinta dan mengharapkan perkahwinan tetapi jika tiada jodoh tetap tak jadi kahwin. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan sesiapa. Apa yang boleh saya katakan, kami sangat bersyukur. Jika selama ini saya ambil sikap berdiam diri dalam banyak hal, selepas ini, rasanya saya perlu masuk campur jika ada pihak yang masih mahu menjatuhkan saya dan suami saya. Saya harap segala cerita lama sudah boleh boleh ditutup dan tak perlu lagi dibangkit-bangkitkan. Kami sudahpun berkahwin.
Kenapa jumlah hantaran masih dirahsiakan?
Aku: Tiada rahsia.
Mungkin boleh kongsikan sedikit detik indah bagaimana hubungan ini bermula?
Aku: Saya masih ingat lagi, kami mula rapat semasa arwah toki saya sakit dan meninggal dunia. Selepas dari itu, saya memulakan kehidupan macam biasa (setelah kehilangan datuk yang tersayang). Dalam pada tu hampir 3x lamaran saya terima dari dia, tapi 1 pun tak berjawab. Sampai la bonda saya menyatakan 'bila saya mahu naik pelamin sebab adik saya nak kahwin". Baru la saya ke dunia yang nyata, saya mahukan suami dunia akhirat. Sekali lagi lamaran saya terima di Chicken Rice Shop. Saya mohon untuk diberikan masa. Bulan September 2010 barulah saya menyatakan jikalau mahu memiliki saya, jumpa ibu bapa saya. Kalau mereka izinkan, baru saya terima. Sebab prinsip saya, saya tak mahu kekasih, saya mahu suami. Saya sudah bosan dengan dunia kekasih ni. No wonder la saya sanggup bertahan selama 2 tahun untuk tidak memiliki kekasih. Alhamdulillah, selepas mendapat petuntuk dariNya, baru saya terbuka hati untuk menerima lamaran tersebut. Kini kami bahagia bergelar suami isteri. 
Kenapa Anuar menjadi lelaki pilihan awak untuk dijadikan calon suami?
Aku: Saya fikir kami ada ikatan yang cukup serasi, selain kelakar, ambil berat dan romantik orangnya, kami berasal dari negeri yang sama, budaya, percakapan dan berkongsi makanan kegemaran yang sama. Saya senang dan selesa dengannya. Saya menerima dia seadanya. 
Anuar pula, kenapa memutuskan untuk berkahwin dengan Syidah?
Aku jawabkan ye : Itulah senjata rahsia kami. Biarlah rahsia. Just keep in touch our memories.
Heeee...ok tak kalau aku jadi artis?

No comments: