Friday, December 23, 2011

Friday a.k.a jumaat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah kelas buat coklat yang jabatan anjurkan. Penat. Penat. Penat. Bukan sebab mengajar tapi kesihatan mek mengalami sedikit masalah. Sian pulak asben mek bila mek call dia tadi. Semalam lagi mek rasa lain macam. Masa mek tengah beli barang dapur kat alamanda, badan mek menggigil semacam. Seram sejuknya satu macam je. Pastu mek pening. Mek tak boleh tahan, mek tinggal je bakul barang tu. Mek pun keluar pergi bayar parking untuk keluar.

Sampai rumah, mek terus baring. Mek tidur-tidur ayam, pas maghrib mek bangun mandi. Pas siap-siap mandi, mek tengok asben mek balik. Asben tengah makan nasi lauk kuah sup je ngan sambal sos. Alahai siannya mek tengok. Tadi mek tak larat sangat, mek tak sempat nak masak dulu. Asben request nak makan kentang goreng dan sosej. Laju je mek ke dapur siapkan mayonis dan sos, goreng sosej dan kentang. Mek rasa banyak mek masak, hampir habis asben mek makan. Alahai lapar ye sayangku. Tapi mek hanya makan sebatang sosej. mek tak lalu. mek pening.

 Pas siap-siap tengok berita, asben keluar hantar camera pada kawan dia. Mek siap-siap pi basuh baju. Asben mek balik then borak-borak, dia keluar semula sebab customer dia dah sampai untuk repair kereta. Mek pun apa lagi, masuk bilik mek tarik selimut. lalu zzZZzzzzZzzzzzzz. Ahhhhhhhh, mek aman bahagia.

Hari ni pun mek rasa condition mek tak ok. Ada yang tak kena. tapi masa kelas buat coklat tadi, mek gagahkan jugak la. mek nak ambil mood, nak tengok Tentang Dhia kat tonton.com ... Hihihi, mek suka la. Bukan suka pelakon tapi suka mesej yang disampaikan dalam cerita ni. Ok, tata titi tutu.

No comments: