Thursday, December 22, 2011

Pekeliling perkhidmatan Bil 11 Tahun 2011 dan surat pekeliling

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN
Pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, Syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan. Antara kandungan pekeliling ini ialah:
(i)      Memperkenalkan Jadual Gaji Sebaris (JGS) dimana gaji Minimum dan Maximum lebih tinggi. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi.
(ii)    Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan.
(iii)   Kelayakan masuk minimum ke Perkhidmatan Awam ditetapkan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).
(iv)  Tempoh bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan dipendekkan kepada 6 bulan hingga 24 bulan manakala pelanjutan tempoh percubaan tidak melebihi 12 bulan. 
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2011
PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI (PROSPEK)
Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) selaras dengan pelaksanaan SBPA. PROSPEK ini akan menggantikan kaedah penilaian PTK.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2011 
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
(i)      Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan peperiksaan Perkhidmatan Awam selaras dengan pelaksanaan SBPA.
(ii)    Pegawai yang disyaratkan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan ini adalah pegawai dalam tempoh percubaan iaitu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
   
Surat pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2011
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)
Surat Pekeliling ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan  Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan pelaksanaan SBPA.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 tahun 2011 
PENGANUGERAHAN PINGAT  PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC) DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
(i)      Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada Pegawai dalam Perkhidmatan Awam .
(ii)    Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara.
(iii)   Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan.
(iv)  Pingat ini adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh dipakai semasa majlis rasmi.
 

No comments: