Thursday, March 29, 2012

Langkawi - Part 15 (Bajet Percutian ke Langkawi)

Mahap la pada sesiapa yang dok google percutian bajet ke Langkawi tu. Lambat sikit nak hapdet.

Tiket flight : RM18 per person (return flight)
Kereta sewa (kancil) : RM 50 sehari. So 2 hari total RM 100.
Delta Motel : RM60 semalam. So 2 hari total RM 120.
Cable car : RM 15 per person. (sila tunjukkan kad pengenalan)
Jelajah pulau (Tasik Dayang Bunting, Eagle Feed & Pulau Beras Basah) : RM 25 per person
Minyak kereta : RM40 untuk 2 hari

Breakfast + lunch + dinner (ikan bakar+tomyam+etc)= 3 hari 2 malam for per person RM50.

So total  untuk sorang : RM 183.00 cash.

Tips 1 : Daim kat Idaman Suri lagi murah dalam RM1 dari Haji Ismail Group.

Tips 2 : Coklat Ferrero Rocher dan coklat Kisses kat Haji Ismail Group lagi murah dari Idaman Suri.

Tips 3 : If anda nak cari motel bajet di Pantai Cenang, boleh cuba Amzar Motel. Kadar pun murah tapi maaflah sebab memang tak tahu keadaan bilik Amzar Motel tu camne. Jangan risau, tu macam rumah kedai. Bawahnya ada kedai runcit.



Tips 4: Pada waktu siang, kawasan di sekitar Cenang "mati" dan hanya "hidup" pada waktu malam. Time siang kebanyakannya shopping di Kuah atau jelajah pulau.

Tips 5 : Kalau anda tiba di airport Langkawi untuk mencari kereta sewa, kat situ ada ramai ulat-ulat yang sedang tunggu. So tak perlu risau sangat untuk mencari kereta sewa.

Tips 6 : Makanan seafood sangat mahal di Cenang. Cuba anda teroka di luar sikit dari pantai Cenang tu untuk dapatkan masakan panas yang murah. Saya rasa di sekitar Pantai Tengah pun banyak dan kedai yang kami makan tu pun berhampiran jugak dengan penginapan kami di Delta Motel.

Tips 7 : Bagi yang mahu menginap penginapan tanpa aircond, harap batalkan niat anda supaya cari bilik yang ada aircond. Sangat panas. (Nak tidur malam pun suruh suami buka pintu dan urut tapak kaki, baru boleh lena dengan automatik. kekekekeke jangan tiru bagi yang bukan mahram)

Tips 8 : Di pantai Cenang terdapat banyak motor untuk disewa. So anda boleh jalan skit la untuk cari motor mana yang anda nak sewa. Kebanyakannya adalah scooter. Mudah dan senang untuk dibawa.

Tips 9 : Untuk pergi jelajah 3 pulau (Pulau Dayang Bunting, Eagle Feed dan Pulau Beras Basah) senang kata nak ke Hoping Island la kan, kebiasaannya hotel atau di sekitar Cenang tu memang banyak terdapat perkhidmatan ke pulau tersebut. Paling murah pun RM25. Jangan mengesal kalau kat airport tu depa dok canang "murah ja kak. RM50 ja kita pi jelajah pulau" Mahei ok!

Tips 10: Kalau ke Tasik Dayang Bunting, jangan tunjuk sebarang makanan/minuman/botol susu sebab kat sana banyak sangat monyet masa kat jeti.

Tips 11 : Bawa towel kecil atau spec hitam.

Tips 12 : Di Underwaterworld Langkawi terdapat jalan belakang untuk masuk iaitu melalui pasaraya sebelah Underwaterworld. Jika bernasib baik, guard takda.So boleh la challow masuk free.  Kalau tak bernasib baik, ada guard silalah kamu masuk bayar harga tiket yek.

25 comments:

LeeZ said...

aik? hari ni baru Rabu 28 March 2012? entry ni dah kuar???

BeLLe said...

sori tesalah setting scheduled. mls nak adjust balik. heeeee

Anonymous said...

tips yg menarik..tq...

Zharif Azis said...

tumpang tanya , mne nak dapat kereta sewa tu yerr ? ada contact number tak ?

Anonymous said...

power giler nye advise

Anonymous said...

mcm maner nk dptkn pakej utk ke pulau x?
pls col/sms 0199800552

Tiera said...

aslmkum cmne nk dptkn pakej ke pulau tu yg harge rm 25 tu ea...bley share x....ni no pon sy 0134643080

Kathy Rospin said...

salam..thank God saya jumpa blog akak masa tengah google pasal Langkawi.. bilik yang akak duduk kat delta motel ada aircond ke tak? saya tengah usha motel ni. saya emel contact delta motel tak dapat pulak. pls respond k. ni emel saya kaklong_bigsis@yahoo.com

http://kebiasaankubukankebiasaanmu.blogspot.com/

Anonymous said...

nak tau jgk la, mcm mn dapatkan pajek ke pulau dgn rm25 tu, blh share contact no? contact sy di haiqrin92@yahoo.com atau 019-3609441.
thanks

Anonymous said...

murahnya tiket flight return..memang rm18 sorang?tak ade extra charge ke??sy nak bwk 1 family bercuti..maafla,sy memang tak pernah naik flight.ingat nak naik keretapi je.tapi kalau flight lagi murah,,,,tolong sms detail kat sy..
0194190443

Anonymous said...

betoi ka harga flight rm18 lagi murah dari keretapi saya bercadang nak pi melawat langkawi bulan april ni bersama keluarga yang tak pernah jejak langkawi dulu saya pi sana naik bas saja tak bawak keluarga atas dasar tugas tapi kali ni nak enjoy dengan depa pulak.Seronok ooii pi langkawi jangan sampai Satun dah la.

nafisahrayyan said...

salam..
kak, nk mintak tlgla
mcmna nk dpt package island hoping yang murah tu rm25 dan kete sewa yg murah..
tlg sms saye cntc no blh
0123930997
terima kasih

Mohd Razi Aziz said...

Salam..
Kak, sy nak tau mcmane nak dpt package yg murah semua tu..
Tlg sms atau cal sy di nombor ni 0192975476..
Terima kasih..

Iezyan Samsudin said...

thk u for the tips...
best2...
kalau free2 ikot la blog saya...

Rika Busri said...

nak tanya, ada contact no delta motel tu tak?

Rika Busri said...

tumpang tanya, ada contact no delta motel tu tak?

Anonymous said...

Kalau untuk jelajah pulau tu dan kereta sewa, boleh saya dapatkan no contact person x?

Azhmin Salleh said...

Baru jumpa entry ni...jap nak tnya cmne boleh dpt harga 18 ringgit for ticket flight?

Azhmin Salleh said...

Baru jumpa entry ni...jap nak tnya cmne boleh dpt harga 18 ringgit for ticket flight?

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



fazreen ayen said...

hai.saya menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan homestay.kereta kecil ada kereta besar ada.call untuk harga.murah murah je 0194423733-fairuz

yatty said...

Mcm menari pakej ni..;)

yatty said...

Mcm menari pakej ni..;)

Anonymous said...

Saya nak tanya tahu macam mana nak dapatkan pakej pergi pulau tu.Sms or whatsapp 0189895715

Ahmadzawawi Awie said...

26-27/4/16 ada lg bilik..