Wednesday, March 28, 2012

Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat


 Cuba kaji pergerakan - pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.
Secara kasarnya kita akan berdiri tegak, kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.
Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

 Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar, ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.

 Semasa sujud pula, seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada , perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.
Ketika ini banyak otot dan sendi yang digerakkan tanpa di rancang.

Setelah itu,kita akan bangun semula dari sujud. Duduk di antara dua sujud dan sujud kembali. Selepas itu kita akan berdiri kembali.
Dalam pergerakkan badan ketika itu, secara automatik kita telah mengerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan perut, punggung, paha, kaki bahagian bawah dan sebagainya.

Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Dua perkara tersebut bertujuan mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.”

Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu, ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas. Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.


Sumber : emel

No comments: