Wednesday, April 4, 2012

Tune Hotel Damansara

 Oh senget! ni lif nak naik ke Tune Hotel di tingkat 3.

Hehehe. Ni percutian yang disengajakan dengan niat. Asal usulnya semasa Tune Hotel buat promotion RM2, so sempat grab 1 nite di Tune Hotel Damansara.


 Murah kan? So sempena besday girl hari tu konon-kononnya plan nak tidur kat sini dengan husband. I day before, dapat taw asben kena pergi Penang. Oh tragis sungguh hati tapi tak pa.Memandangkan dah celebrate, maka shout la dalam bbm. "Sapa nak ikut tiduq hotel ngan kite?" Kazen asben si Farah Bella (oh nickname FB terus) shout yang dia nak join. Pas habis kerja petang jumaat tu, sampai rumah siapkan baju asben untuk pergi outstation. Around pukul 9.30pm kot baru gerak ambil cik Farah di Pandan Indah. 

"Farah, nak gi boleh tapi Farah drive ek. Akak tak tahu jalan kalau ikut Batu Caves tu. Akak taw ikut elite highway je"
"Ok, no hal"

Errr, sampai sesat barat nak sampai ke Damansara. Padahal sebenarnya senang je cuma salah simpang. Perjalanan kami mengambil masa 45 minit sebab sesat.



Now dah sampai. Oh metro sungguh tempat ni. Takda apa yang dapat dilihat melainkan Asia Cafe.


Kata kakak ipar, saya ni dah boleh jadi duta Tune Hotel. Reason : sebab selalu dapat rembat promo yang murah-murah. Asyik-asyik Tune Hotel je. My reason pula sebab Tune Hotel bilik macam 5 star selesanya tapi harganya macam 1 star. Maksudnya harganya jauh berbaloi murah. Booking la dengan internet, kompom berbaloi murah.

TV dan feature wall. Cantik kan. 


Bilik air ni je yang tak sama macam Tune Hotel Kuching. Kat sana, bilik untuk mandi ada pintu kaca. Yang ni tak ada, terus boleh mandi tanpa pintu kaca.

Ni la model tilam confort. hahaha Yes, ni la antara reason lain untuk stay kat Tune Hotel ni. Tilan sedap banget! Bantal pun gebu. Kite orang siap bukak lagi sarung bantal tu tengok bantal apa yang dorang guna sampaikan nak bangun pagi pun liat. Jawapannya ialah King Koil. Oke, pasni bodek asben nak bantal King Koil jugak.
Atas katil tu ada cermin besar. Memang puas hati. Gambar ni diambil sebab nak nampak pemandangan dari cermin tu.

I'm in love with this mango juice. Super duper sedap! Tak cair pun. Macam minum buah je. Paham tak? Maksudnya dorang ni blend hany ais dan buah. Nak try datanglah ke Asia Cafe. Sampai nak biru muka nak habiskan segelas cawan ni. Harganya RM7.

Perbezaan antara air mango juice dan limau ais.

Ukuran sebenar gelas. Lebih kurang 1 jengkal. 

Order mee hailam. Kureng je sebab cair. Makanan dan minuman adalah berbeza gerai. So berbaloi sangat kalau order mango juice ni.


Taraaaaaaa!
Alhamdulillah.

Kesimpulannya, walaupun murah Tune Hotel tetap best.

No comments: