Tuesday, June 12, 2012

Hiasan di laman rindu




Left : Psikologi Perkahwinan dan Keluarga Semakin Hari Semakin Sayang. From my MIL. Senang nak membezakan antara ibu mentua dan ibu kandung ialah ibu mentua saya panggil ibu. Ibu kandung saya panggil mak. So berbeza kan. Yang tak berbezanya ayah. Sama je dua-dua panggil ayah. So kalau cakap dengan asben, "Ayah siapa? Ayah B ke ayah syg?" Sebab 2-2 sama je panggilan. Buku merah ni tak baca lagi. Tak tahulah best ke tak.

Right : Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah).

Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Buku ni best. Sangat sesuai dijadikan rujukan hidup kita. Dari segi bab puasa, ibadah, kahwin, suami, isteri, pendek kata semua complete la, siap ada gambar-gambar lagi. Best, tak boring bila nak membacanya. Buku ni mak kasi sebelum kawin lagi. Tapi tahu tak bila kite baca? Tahun ni. Muahahahhaa kalau mak tahu mahu kena tempeleng guling-guling. Isk over pulak. Karya Dato' Ismail Kamus. So disarankan setiap isi rumah patut ada kot. Boleh ke camtu? Yela, ada masa kita perlu jugak nak buat rujukan kan. Malu bertanya sesat jalan.

Kedua-dua buku ni masih lagi terletak kat atas kepala katil. Jadi hiasan di laman rindu. Baca pun tak habis lagi. Asyik dok layan cerita korea je. ni la bahana pasang unifi. Bila takda buffering, sangat liat nak berjauhan dari laptop. Eh, kenapa kulit orang korea kekadang lawa-lawa eh? Suka la. Perasan tak iklan SK II. Mak aih, berangan nak kulit macam tu la. Cantik menarik tertarik kau memang tembam. Miahahahahahahahha larikkkkkkkkkk

No comments: