Wednesday, June 13, 2012

V-sixers buat amal


Yang duduk bersimpuh itu la suami kite. Dia sangat ligat dengan kelab. Tensi mak! Time ni tak ikut sebab masa tu ada kelas kalau tak silap. So dengan kembang kempisnya encik asben ni bangga la  dapat dok depan sekali. Bersimpuh lak tu. macam anak dara. Auwwwww Jom ikuti apa kisah aktiviti masa dorang buat amal ni.


Terharu dapat simpati
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my


ALOR GAJAH: Tiada apa lebih menggembirakan seorang pemuda yang lumpuh dan terlantar di katil sejak sembilan tahun lalu selepas menerima kunjungan Kelab Proton Perdana V6 (V-Sixers) melalui konvoi amal di rumahnya di Kampung Solok Jauh, Pengkalan Balak, di sini, baru-baru ini.

Mohd Hidhir Hassan, 29, berkata dia terharu selepas kelab terbabit mengunjunginya bagi memberi perangsang dan semangat untuk meneruskan hidup.


“Saya amat terharu dan tidak sangka mereka sanggup datang ke rumah untuk melawat dan meraikan saya yang berada dalam keadaan seperti ini.

“Sebak rasanya hati ini, namun pada masa sama menghargai kesudian ahli kelab itu datang ke rumah saya,” katanya.


Menceritakan punca kejadian menyebabkan dia kini lumpuh, Mohd Hidhir berkata, dia yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar menerusi cermin hadapan selepas kereta dipandu rakannya terbabit kemalangan di Kuala Lumpur.


“Ketika kejadian, saya bersama empat rakan keluar makan tengah hari di sebuah kedai di Bangsar sebelum kereta dipandu rakan hilang kawalan lalu dirempuh sebuah kereta lain dari arah kiri.

“Saya pengsan selepas tercampak keluar dari kereta dan terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga bulan dan kini hanya dapat melihat, mendengar dan bercakap saja,” katanya.


Sementara itu, bapanya, Hassan Mohamad, 48, berkata kejadian menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu adalah ujian yang perlu ditempuh.

“Sebagai bapa, saya dapat rasa penderitaan ditanggung namun apa yang kami mampu lakukan hanya berdoa supaya dia gembira,” katanya yang juga Imam Masjid Pengkalan Balak, di sini.


Sementara itu, Presiden V-Sixers, Hairul Nizam Mohd Yasin berkata, program konvoi amal itu dilaksana bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya ke atas individu terpilih.


No comments: