Monday, December 31, 2012

Kenangan 2012

Hari ni masih bekerja. Mencari saki baki kehidupan depan keyboard ni. Fail, surat, sign, arghhh buat aku nak jadi suri rumah sepenuh masa. But alhamdulillah dengan kerjaya aku sekarang aku dapat memiliki apa yang aku nak. Makan, pakai, melancong, balik kampung, macam-macam lagi. bukanlah bermewah tapi seadanya.

Untuk kisah travel aku tahun ni, alhamdulillah. Akhirnya impian aku sejak sekian lama untuk travel tercapai.

Langkawi (14-16.2.2012) 

Medan (6-8.3.2012)

Singapore (30.4-2.5.2012) 

Krabi, Thailand (29.6-1.7.2012)

Cameron Highland (7-8.7.2012)

Sarawak (24-28.9.2012)

Sarawak (28.10-1.11.2012)

Hatyai & Krabi (12-17.11.2012)

Kota Kinabalu (3-9.12.2012)

Oh banyak plak. Tapi ada lagi beberapa destinasi yang aku lupa. Ada trip ke Terengganu, tapi aku dah lupa bila tarikhnya. Kawan aku pernah tanya, banyaknya duit ko asyik melancong. Aku cuma cakap yang perancangan yang dibuat ni dah dibudgetkan awal-awal lagi. Cuma ada trip Sabah and Sarawak tu aku pergi atas nama kursus. 2 in 1 la kiranya. Yang lain tu aku buat budget trip. Contoh masa pergi Medan, aku rasa cuma habis dalam RM800 kot untuk aku and asben. Cukup je makan, pakai, tidur, transport, souvenir. Bukan aku pergi nak shopping, ku pergi sebab suka melihat tempat orang. Bumi ciptaan tuhan. Danau Toba is the best place to go, cantik, sejuk. Cuma perjalanan nak ke sana tu kena la tahan sikit. Aku tak buat lagi entry sal ke Medan tu. Belum lagi dengan kisah naik bas dar Medan ke Parapat, dengan passenger bawak ayam dalam plastik, tong tauhu atas bas, hujan then bas takda econ. Tingkap tak boleh buka. Huahuahauhau macam-macam la suka duka sepanjang kat sana. Sebelum tu trip ke Langkawi dengan opesmate asben. Dapat tiket murah dengan Firefly. RM18 untuk return. masa kat Langkawi tu buat pertama kali aku jejak kaki ke Pulau Dayang Bunting. teeeheeee.

Trip ke Singapore pun best. Cukup la tu kenangan kali pertama dan kali terakhir aku naik roller coster. The Mummy pun sangat-sangat menyeramkan. Aku rasa memang keluar suara jantan aku dok menjerit naik roller coster mini tapi dalam kegelapan. Giler tak takut. Kakak ipar punya angkara. Dia sengaja tak nak bagitaw game The Mummy tu. Paling best Transformer. Tu pun keluar jugak suara jantan aku lagi. hahahaha Best! Pasal gi Krabi tu, first trip aku konvoi dengan kelab kete asben aku. Sama jugak, perjalanan 17 jam dari KL. Namanya konvoi kan, banyak la tempat nak stop and rest. Best, dok hotel 4 star. Somkiet Buri Resort. Pi jelajah 4 pulau naik speed boat. Tapi banyak aktiviti aku tak dapat buat time tu sebab kesuntukan masa. So masa trip ke hatyai dan Krabi bulan 11 with my family and family mentua tu, baru aku betul-betul dapat rasai nikmat kat Krabi tu. Hatyai biasa saja, sebab aku tak dapat tunaikan hajat aku nak pegi floating market. Takpa, 2013 ada lagi trip aku ke Hatyai. Aku target nak gi floating market. Sarawak? Oh no, dah 5 kali aku jejakkan kaki kat sana. Biasa-biasa saja. Kisah ikan masin dan kek lapis tu perkara biasa. Tapi bagi aku, buat setakat ni kek lapis yang sedap kat Mira Kek Lapis Basah. Ikan masin tu cari la kat pekan Satok.

Last trip aku masa pergi Sabah. Aku ada kursus kat INTAN Sabah. Jauh ugak la, kat Tuaran tu. Tambang teksi epot KK ke Tuaran tu RM90. Giler kentang. Tak banyak tempat yang aku sempat jelajah kat Sabah sebab kesuntukan masa. Aku hanya pergi rumah tebalik, Kundasang, Hot Spring dan pasar Filipin tu. So far aku lagi sukakan Sabah dari Sarawak. hihihihi. Secara overall, aku suka trip aku ni. Save budget namanya.

So, tu kisah travel. Kisah sendiri? Alhamdulillah, syukur. Walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata, aku dikurniakan nikmat hidup yang cukup. Hari ni genap la usia perkahwinan aku selama 1 tahun 6 bulan dan 4 minggu. Terima kasih Allah. Ucapan akhir tahun 2012 untuk suami, aku dah buatkan kat Instagram.


Ada lagi ucapan sebelum tu, tapi tak muat nak screen shot. Menangis aku masa buat ucapan ni. Kawan aku boleh plak komen, "boleh plak eh buat ucapan panjang-panjang dalam instagram" Aku lepuk ko nak tak Aman oi. Aku dah tak upload sangat gambar dalam FB. Aku rasa FB dah takda privacy. Aku nakkan privacy. Ada masa aku rasa nak tutup je akaun FB aku tu. Soal anak, aku tahu ramai yang menanti. Insyaallah, dengan doa-doa kalian 1 day, semoga umur dan jodohku panjang, dapat la aku merasa nikmat bergelar ibu. Tapi alhamdulillah, aku pun masih bahagia dengan walaupun masih belum dapat status ibu tu lagi. Aku rasa ada sesuatu yang buat aku tak mampu nak terucap apa-apa. My eyes just water up, but there are no tears. Cerita ini hanya kau dan aku sahaja yang tahu. Keep in touch.

Our first time after crying because of sadness.

Miracle! And congrats! Mom-to-be.

Now, aku percaya banyak benda yang aku belum belajar lagi. Belum master dalam semua tanggungjawab aku. Kerana itu, terima kasih atas dugaan. Aku akui dugaan tahun ni agak berat. Sangat berat. Akan datang aku tak tahu bagaimana lagi dugaan untuk aku. Dugaan itu menjadikan aku lebih tabah. Ada masa aku tak tahan, terasa putus asa. Alhamdulillah aku masih mampu ingat siapa diri aku. Mak bapak aku. Tuhan aku. Terima kasih buat kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa berada bersama aku, walaupun  tidak bersua tapi sms, call, bbm, wassap, tu semua menjadikan aku lebih kuat. Menangis la air mata darah sekalipun, takkan dapat hilangkan apa sahaja kenangan, yang tinggal hanya sejarah dan parut dalam hati. Kelmarin aku terjumpa 1 ayat. 

"Allahumma anta rabbuna wa rabbuhum wa qulubuhun wa qulubuna biyadik wa inna ma yaghlibuhum anta" Ertinya, Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka ada dalam genggamanMu. Sesungguhnya Engkaulah yang melunakkan mereka.

Siapa yang faham maksud ayat ni, bijak. Nanti tengok ye semanis kurma episod 48. Boleh tengok kat ww.tonton.com tu taw.


Aku tak berani menjanjikan bulan dan bintang tapi aku cuba lakukan yang terbaik. Terasa macam semalam baru kita berkahwin. Setiap hari aku hanya memandang hari yang indah untuk aku teruskan hidup bersama kamu. Meskipun masa kian suntuk, never say no. Love u.




No comments: