Friday, March 15, 2013

Today is Friday (TGIF)

Assalamualaikum.

TGIF? Motif sangat. hahahahahaha TGIF hanya hint untuk akak. Jumaat sudah. Kemalasan nak update blog tahap maksima. Terkadang rasa jugak nak privatekan blog . (sama la pemikiran kite kan akak) Now dah berambus adios amigos dari Putrajaya. Asben pon dah pindah kuantan sejak Januari 2013. Barang-barang dah anta balik kampung pada 24 Februari 2013. Sewa lori 5 tan, tapi kekadang nampak macam bukan 5 tan je. Putrajaya-Kuantan RM1200, tapi 1 hal plak. Lepas angkat barang tu dorang mintak tambah lagi RM200. Lari bajet aku. Kuajaqqq! Katanya duit kopi untuk polis or JPJ sebab takut kena tahan kalau dorang nak charge lebih muatan. Oh masih ada lagi rasuah di situ. Nak taknak laki aku bayar jela. Akhirat nanti ko tanggung okeh kalau ko menipu. Malas aku nak kasi no tepon dorang. 

Urusan kuarters pon dah setel. Tutup bil air dan elektrik, hantar surat akuan keluar kuarters kat BPH. Tahniah aku nak ucapkan kat SYABAS sebab tersangat la cepat service dorang. Aku closing akaun air pada 26.2.2013, then 5.3.2013 aku dah dapat balik deposit air. Dulu masa bayar deposit RM100, so dorang tolak la saki baki yang aku dah guna RM6. Dapat la aku balance deposit RM94.00, tapi kan aku tak sedar pon yang aku dah terguna duit tu dalam akaun. Patut la aku pelik semacam tetiba duit aku bertambah. Now tunggu deposit dari TNB dan BPH. 

Now dah bulan 3. Ngeri plak sebab nak masuk angka 27 ni macam perasan tua. Oh takpa, tua umur. Luaran masih muda anggun ayu jelita. Tahun ni nak masuk tahun ke-2 dah perkahwinan aku dan suami. Terasa macam baru je kawin. Ape ni? Ape ni? Geletis sangat. So hadiah ulang tahun perkahwinan tahun ni adalah trip ke Hong Kong. Yey! Semalam whatsapp dengan asben. Al-maklumlah sekarang dah PJJ (perkahwinan/percintaan jarak jauh). 

Isteri : "B, syg nak gi Hong Kong sebab nak gi Disneyland. Pastu nak jumpa Jackie Chan"
Suami : "Hahahahahahahhaha"

Aku musykil kejap. Aku melawak ke? HHmmmmmm. Nak verangan feeling-feeling baru kawin kejap.

 Love u deep deep!

 Ok dah, kang terlebih feeling menjejes lagi airmata. Dah 3 bulan berjauhan ni, ok la sikit. Kalau tak, 2 bulan pertama asyik menangis je. Haih! Petang ni nak gi amik tok kat rumah makngah. Hai tok! Tido Cheras 2 malam yeah. Sebab hari ahad ni ayah nak gi umrah. Semoga ayah selamat pergi dan balik.

Masa ni kat kuarters lagi. kenangan terakhir tok kat rumah ni. Oh belakang tu beskal encit asben. Tuannya jarang dapat main beskal. Busy katanya. Yolah tu.

Love u forever!

No comments: