Assalamualaikum.
Selesai sudah our trip ke Hong Kong pada 7-10 Jun 2013. Pengembaraan yang happy dan menyeronokkan walaupun sedikit mencabar. Sebelum pergi LCCT, sempat lagi tukar duit di ARS money changer, Masjid India bersebelahan dengan Mina Money Changer. Paling murah so far. Harga yang dorang kasi rate 39.70. Sebelum tu pergi Ampang, dapat rate 41.48 Gilos mahal. Diterbangkan dengan flight Pak Tony Fernandez, sudah tentu la Air Asia. Harga tiket return Kuala Lumpur - Hong Kong adalah RM400. Korang boleh dapat lagi murah okeh T_T
Penerbangan pada pukul 4.40 petang. Pada hari kejadian, aku teramatlah tak sihat. Demam, batuk dan selesema. Pakej 3 penyakit tu bila pi travel, amat-amat menguji kesabaran.
Taw tak kenapa mulutku muncung sedepa, sebab masa tu busy engage dengan kak Fisah untuk book tiket ke Incheon, Korea. Boleh? Komunikasi 2 hala.
Sambil cakap sambil posing untuk ambil gambar. Boleh? Trip ni trip kami berlima. Adik beradik husband. Along + abg wadi, aku + husband, Saidah.
Disebabkan dah acap kali naik Air Asia, aku dah tak hairan dah nak duduk seat mana-mana. Dulu jakun jugak nak duduk tepi tingkat kan. nak seat A atau seat F. See, aku dah boleh hafal dah. Tapi kalau sesiapa ajak aku pergi Meldives, pelis la aku nak duduk tepi tingkap. hahahaha
Buku discover Hong Kong. Dapat masa nak beli tiket Ocean Park, Disneyland dan madam Tussauds+tram+The Peak.
Ni adalah my travel partner. Dari mula kahwin sampai la sekarang. Kami lah mastermind. Seorang tukang labur, seorang lagi tukang booking.
Cantik kan ciptaan-Nya
Aku tak dapat tidur sepanjang 3 jam 40 minit penerbangan tu. Entah kenapa, maybe sebab makan ubat kot. Tak pun terlalu excited. -.-'
Bawa je camera ni tapi tak pakai pun. Bertuah -.-'
Kami telah selamat mendarat dengan jayanya. Masa ni ingatkan dah boleh cop imigresen. Rupanya, kena naik train bawah tanah dengan kelajuan macam monorel. Eh, monorel laju tak? Kalau monorel tak laju, yang ni memang laju lah. Bawah tanah pun dapat coverage line taw bagi Hong Kong residents la. hihihihi sebab tengok ada seorang mamat ni tengah cakap telefon.
Memasing hanya bawak back pack sajo. Dan bagasi untuk makanan. Nampak je muka aku tersenyum. Kan aku dah bilang, depan camera aku cover la. Lepas snap, berlawan-lawan bersin.
Next, kena cop pasport. Sebelum tu kene isi borang dulu, biasa la kalau pergi mana-mana negara borang tu wajib isi dulu. Then baru la pergi kaunter imigresen. Ada 1 story tak best. Pegawai Imigresen tu sangat tak bagus attitude. Ada ke lepas cop pasport tu, dia main campak je. Haih, nasib je kat negara orang. Kalau kat negara sendiri, muka kau dah lama nak kena lempang. Boleh?
Next, ke kaunter train ticket. Kegunaannya adalah untuk menaiki train atau bas. Hanya swap sahaja. Boleh kalau tak nak beli kad ni. Kad ni fungsinya sama macam touch n go. Tapi kena la beli kat mesin tiket-tiket tu. Masa ni sempat lagi aku tanya kaunter tu, which one is better untuk pergi ke Tsim Sha Tsui? Sebab kami menginap di sana. Katanya naik bas je sebab terus sampai destinasi. Kalau naik train, kena banyak kali tukar train dan harga tiketnya lagi mahal.
Inilah kad yang aku cakapkan tadi tu. Octopus Card. Masa nak beli tu kena bayar 150hkd = RM60 . 50hkd dijadikan deposit. Nanti kita akan dapat balik 50hkd tu semasa kita nak exchange to money.
Masa ni masing-masing blur, mana nak pergi. Kanan, kiri atau terus?
Husband pon ber ayam-itik la dengan amoi ni. Hotel+Tsim Sha Tsui. Mujur la masing-masing faham sikit-sikit.
Lemme talk talk. hihihi
Kami stay Canada Hotel. Tapi dorang tak biasa dengar nama hotel tu.
Pak Google Maps namanya. haha
Yeah. Akhirnya kami ke kanan. Sebab bas di sebelah kanan. hik hik
Belakang tu adalah basnya. Bas 2 tingkat. Masing-masing jakun lagi kan, semua nak naik duduk dekat seat atas. Tambang tiket dari airport ke Tsim Sha Tsui adalah 33hkd = RM13.20
Ok, sebelum terlupa. Bagi sesiapa yang menginap di Chung King Mansion, naik bas N21 kalau tak silap aku dah berhenti di no 14. Dalam bas tu akan ada paparan skrin di mana bas tu berhenti. Canggih la sistem pengangkutan dorang dari Malaysia ni. Think positive, belajar kemajuan dan teknologi mereka ok. Masa dalam bas ni menggagau jugak la mana nak cari hotel.
Dalam bas tu akan ada tulisan bergerak tu dalam 2 bahasa. Aku faham yang bahasa inggeris je.
Selesa kan seat bas dorang. Oh Malaysia, tiru pelis.
Inilah bandar Hong Kong pada waktu malam. Susah sangat nak tengok rumah teres. Kebanyakannya rumah apartment. Nilai hartanah dorang sangat mahal ok. Sebab tu bila tukar duit tu rasa macam kaya, tapi bila pergi sana, ok miskin plak rasanya.
Tunggu sambungan seterusnya.
-.-"
No comments:
Post a Comment