Halluuuu. Morning. Ni view pagi di Hong Kong. Subuh di sana lebih awal. Dalam pukul 8 lebih dah cerah macam pukul 7 pagi. Tapi, kami macam biasa la bangun ikut waktu negara sendiri. Kata sayang negara khennn. So pagi-pagi ni kami mau ke Hong Kong Disneyland.Yuuhuuu Lemme story skit.Kebiasaannya kalau tengok bangunan yang nak buat renovation, kebanyakkan dorang hanya gunakan buluh. BULUH ok, bukan kayu. No wonder dalam cerita Jackie Chan banyak sangat buluh yang dorang guna dalam aksi lasak. Macam gambar kat atas tu.
Semua semangat nak pakai boots. Tobat dah pasni taknak pakai. Nak tahu kenapa, nanti aku ceritakan. Asben hanya berselipar je dari KL. Masa ni kami bergambar depan pintu masuk untuk menaiki train. Tempat ni namanya stesen Tsim Sha Tsui. Background belakang kami tu adalah hotel kami. memang senang je nak cari. Dari airport tu kan naik bas no N21. Turun di stesen Tsim Sha Tsui nombor 14 ok. Paling dekat dengan bangunan Chung King Mansion bagi sesiapa yang menginap di siru. Kat situ memang banyak sangat hotel budget.
Along dan Abang Wadi. Kakak ipar dan beras. Eh?
Nampak tak Tsim Sha Tsui station? Ni la dia. Masuk dalam tu kene turun tangga, pastu mata kena jadi mata ikan sebab nak cari arah mana nak naik train. Masa mula-mula memang menggagau jugak la.
Hasil pemerhatian asben, kebanyakan orang-orang di sini memakai kasut. Maybe sebab dorang banyak berjalan. Kalau kat Malaysia, banyak pakai selipar je kan. Termasuklah aku. -.-" Along main capai je beg plastik. Tu je yang sempat rembat untuk isi barang-barang. Boleh la kan.
Agak-agak faham tak? Ok camni. Stesen Tsim Sha Tsui tu berada di lane warna merah. Untuk ke Disneyland, kami perlu menaiki 3 kali train. kadar tambang aku dah lupa.
Tsim Sha Tsui (merah) > tukar > Stesen Lai King (oren) > tukar > Sunny Bay (pink) Disneyland
Masa ni tengah tunggu next train dari Lai King ke Sunny Bay
Keadaan dalam train. Bersih. Laju sangat, kalah LRT. opsss -.-" Train mereka panjang dan bersambung-sambung. Sekali tengok macam ulat bulu tengah berlari.
Pelabuhan Hong Kong macam Pelabuhan Klang tu terletak kat bandar tau. Bukan macam kat Malaysia ni terletak kat pinggir bandar. See, dalam bandar tu boleh tengok kontena tersusun kemas je. Jerat cina (kubur) dorang pon kemas je tepi lereng bukit. Hal ni disebabkan isu tanah. Jadi dorang manfaatkan sebaik-baiknya. Boleh tengok gambar kontena tu tersusun masa ktorang dalam train. Kalau naik bas pon boleh tengok jugak.
Pelabuhan Hong Kong
Susah sangat nak cari rumah teres. Kalau ada pun di puncah bukit atau lereng-lereng gunung. Boleh? Kebanyakannya rumah pencakar langit.
Pakwe makwe. -.-"
Oh ya, masa untuk menunggu train pun tak lama.
See? Berciput-ciput lari nak masuk train mickey. Excited la katakan.
Comel kan tempat pemegang ni. Cermin pon mickey. Auwwww macam nak bawak balik Malaysia je.
Hahahah sampai menganga mulut
Yey! Dah sampai Disneyland. Tapi kejap bebenor masanya.
Ok tebalik. Malas nak rotate.
We are here!!
Panas wooo waktu ni. Memasing menahan kepanasan, rilex brader. brader rilex.
Selepas sesi bergambar, kami tak masuk terus ke theme park. Kena pergi hotel dulu sebab tiket aku dan asben kena ambil di hotel memandangkan kami book hotel bersekali dengan tiket. ni la as yang ke hotel. Asal penuh je, jalan.
Memula sampai dah extited. Kami ingat hotel ni, rupanya tersalah hotel. Hotel ktorg Disney Hollywood hotel. miahahhahah kena la beratur naik bas lagi.
Alphard tu dibuat teksi je tau. Kat Malaysia, nak beli alphard pun garu kepala.
Ni baru la hotel kami.
Bila malam kan, lagi cantik.
Lobi hotel
Kaunter hotel.
Bersambung lagi jejak kasih.
1 comment:
lama xde sambungan ni..hehe
salam kenal...
Post a Comment