Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

V-SIXERS (NORTHERN CHAPTER) ROAD TO KRABI PROMO



Haaaa, kite nak tunjukkan promo Krabi ni. Ni masa dorang pi survey hotel dan perjalanan. Layan lagu thailand ni sat. Layan habis kepala ni.

V SIXERS ANDAMAN SHINE KRABI 2012




Nak update gambar, macam takda lagi mood bekunjung tiba. So mai la kita saksikan video masa ktorang pergi Krabi baru ni ye. Kalau malas, kira ni masuk dalam pakej tayangan la. Sangat malas nak update. Nak cari cheq yang mana, cari la kete kaler gold. Sebijik ja yang kaler gold tu. pastu yang comelote tu cheq la tu. hahahahah

Friday, July 6, 2012

Babai krabi, welcome Cameron.

Assalamualaikum teman-teman... Salam syaaban. Ada yang puasa tak? Mek tak puasa. Bendera Malaysia. hahaha #tetiba.

Mood nak update blog memang takda. Sebab baru je habis exam KPSL. Paper hari ke 3 tu mak datuk, macam nak tercabut urat mata cari jawapan. Susah kot. Baru je balik dari Krabi, dah terus exam. Macam nak tergolek badan ni ha. Penat tak hilang lagi. Rumah pon tak berkemas lagi. Dah macam sarang burung. Dah namanya dok umah apartment. Feeling-feeling tinggi melangit la. #over taw. Esok plak nak ke Cameron Highland. Percutian yang tak dirancang. Terpaksa ponteng kelas hari ahad. Mahapkan kami wahai penunggu gua. Eh silap. Wahai lecturer. Masa kat Krabi tu geng V-sixers Eastern wat aktiviti Konvoi Sejuk Eastern ke Cameron Hignland. Asben terus register, esoknya lepas balik dari krabi aku pon proceed payment. Tak larat wooo, tapi bila fikirkan balik baik aku ikut je. Bila lagi nak luangkan masa bersama suami. Dah la asyik sibuk je. nak jumpa pun payah. Aih membebel lak aku ni. So tinggalkan sekelumit kenangan kami dari Krabi. Asal usul Krabi ni adalah crab (ketam). hahahaha Nanti aku upload cerita seterusnya. kena tunggu Misha Omar nyanyi KU SERU. hahahaha Baru la datang seruan aku nak update.


Thursday, June 28, 2012

Preparation - Pulau Krabi

Good morning and assalamualaikum.

Wah, Tetiba pagi ni mood baik je kan. So tak tahu nak story yang mana satu. Cerita yang terkini dulu la ye. Malam ni insyaallah me and husband akan memulakan perjalanan percutian kami ke Pulau Krabi, Thailand. Kemungkinan besar melalui Wang Kelian, kemungkinan besar jugak melalui Danok. Diharapkan takda apa-apa masalah la sepanjang perjalanan. Takut sebenarnya, faham-faham jela rusuhan kat Selatan Thai tu. Mengganas sampai kena bom. Nauzubillah. 

Konvoi kali ni akan disertai lebih kurang 21 buah kereta under Perdana V-sixers Club anjuran Vsixers Northern. Percutian ni dah siap pakej utk 3 hari 2 malam. Bayaran untuk 1 kepada adalah RM400. So, ktorang berdua dah RM800 #pengsan. I talk ngan asben, "percutian kali ni sebagai ganti B cancel syg punye trip ke Tawau tu taw. So B utang lagi 1 trip yang B dah cancelkan percutian kita ke Kota Kinabalu tu" Muahahaha #dasar sungguh. Janji dia bawak aku gi jalan pun dah bersyukur kan. Aku ni dah memang kaki travel, kat kaki memang dah ada tahi lalat. Menunjukkan kaki jalan la tu. Muahahahaha cikedis!

So semalam selepas pergi appointment kat hospital, terus ke Jalan TAR untuk tukar matawang. Sangat tension sebab jem dan jerebu. Oh Malaysia, bolehkah sehari tanpa jem? Sesampainya kat Masjid Jamek tu, suruh adik stop sebab nak pergi tukar duit. 

Aku memang dah aim 1 kedai ni since aku tukarkan duit untuk mak masa dorang nak pergi umrah hari tu. 


Nama kedai ni seperti yang tertera tu la. PENGURUP WANG BERLESEN WARISAN.

Alamat : 1002-A Ground Floor, Selangor Mansion, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.



Untuk tukar Bath, RM 606 kita boleh dapat 6000 bath. Aku rasa RM6 tu charge dari kedai tu sendiri kot.


Ni la himpunan duit Bath. Makcik kayooooo! Mujur dia dah bagi siap-siap duit kecil. Kalau bagi semua duit 1000 btah je, fengsan mak. 

Tapi kan, ada 1 lagi nak story. Bukan gambar laki pegang baby tu. Tapi pasal money changer kaler hijau tu. Lagi murah ok! Kat kedai orang tu, kalau nak 6000 bath, harga dia jual kat kita ialah RM 604.80. Uwaaaaaa, dah kerugian RM 1.20. Hahahah walaupun tak banyak tapi masih dalam konteks kerugian kan. Kedai ni berhadapan dengan kedai Warisan tu. Kiranya seberang jalan la. Alamat kedai hijau tu ialah :

HM Ghazaliahmad Sdn Bhd
No 2008 Malayan Mansion
jalan Masjid India
50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-26946168

So lokasi money changer yang aku selalu pergi ni dekat dengan Maybank Masjid India. Tak pun paling senang la nak cari Balai Polis Masjid India. Memang kat situ jela tempatnya.


Maaf la gambar kurang clear sebab masa ni dalam kereta. malas nak keluar dari kereta.



Kalau tak pun cari Palace Hotel, dekat situ jugak la lokasinya. Palace Hotel ni sebaris dengan Pengurup wang Berlesen HM Ghazaliahmad Sdn Bhd yang kaler hijau tu. Selang beberapa kedai je.

Baru ingat nak stop menaip. #Tetiba dapat panggilan dari Kak Aishah.
 Kak Aishah : "Syidah, kenal tak orang JKR yang jual vitagen tu? Kamu ada tak no telefon dia? Akak nak amik balance duit RM40 la kat dia" 
Aku : "Ala, tak kenal la kak. Tapi memang tahu ada orang JKR jual vitagen. Kita dah tak jual dah"
Kak Aishah : "Akak tanya dia kenal tak kamu. Dia kata dia kenal. Kamu je yang tak kenal orang "
Aku : Gulp..gulp..

Motif : Orang memang cari aku lagi pasal vitagen ni. Adoi, sangat malas plak nak buat business ni. Sebab malas nk ambil stok. Kalau tak, memang penuh jela dalam peti tu. Lagi satu, alamak aku rasa macam aku ni katak bawah tempurung plak. Kecitnya dunia. Ramai yang aku tak kenal dari yang aku kenal. Tapi lagi teruk asben, ramai kawan tapi tak ingat nama.

Ok bai. Nak sambung buat kerja pulak.